Ads Top

(Video) Padah Nak Mencelah, Penunggang Motosikal Bergolek Atas Jalan Bergesel Dengan Lori

Tindakan seorang penunggang motosikal mencelah antara dua buah lori mengundang bahaya apabila dia terjatuh dan hampir digilis kenderaan berat terbabit.

Dalam video rakaman dashcam berdurasi 11 saat yang dikongsikan oleh laman Polis Diraja Malaysia, seorang lelaki telah menunggang secara berbahaya di antara dua buah lori sebelum motosikal mangsa tiba-tiba terbalik di antara dua kenderaan berkenaan.

Mangsa yang terjatuh nyaris digilis kenderaan tersebut, namun nasib menyebelahinya apabila dia terselamat daripada tragedi yang lebih dahsyat.

Walaubagaimanapun, status kecederaan mangsa dan lokasi kejadian tidak diketahui. Apapun, yang penting berhati-hatilah di manapun anda berada. Ingatlah orang yang tersayang.

Sumber: Polis Diraja Malaysia




No comments:

Powered by Blogger.