Ads Top

Hari Kesihatan Mental Sedunia – Langkah Pertama Adalah Ambil Tahu

Separuh daripada masalah kesihatan mental bermula pada umur 14 tahun, namun kebanyakannya tidak dapat dikesan dan mendapat rawatan. Kemurungan merupakan salah satu penyakit mental yang berada di tempat ketiga, dan jika tidak dirawat, ia boleh membawa kepada bunuh diri.

Malah, statistik pada tahun 2015 meunjukkan peningkatan sebanyak 29.2 peratus atau 4.2 juta rakyat Malaysia yang berusia 16 tahun ke atas mengalami masalah mental berbanding pada 2006, iaitu sebanyak 11.2 peratus sahaja.

Menurut pakar perunding Psikiatri Hospital selayang, Dr Nor Hayati Ali berkata, penyakit ini perlu dibendung dan ditangani dengan memberi rawatan biologi sebelum ia menular dengan lebih buruk.

Oleh itu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah melancarkan kempen kesedaran sempena Hari Kesihatan Dunia sejak tahun 1948 dan diteruskan sehingga kini dan disambut pada setiap 10 Oktober.

Untuk tahun ini, Hari Kesihatan Mental Sedunia 2019 bakal diadakan dengan tema ‘Suicide Prevention’ atau ‘Pencegahan Bunuh Diri’. Ia bagi memberi kesedaran kepada orang ramai, bahawa keadaan mental golongan muda belia terutamanya pada hari ini tidak berada di tahap yang memuaskan.

Ia juga dilakukan bertujuan untuk memberi pengetahuan dan khidmat nasihat kepada masyarakat mengenai kepentingan kesihatan mental serta cara yang betul untuk mendapatkan rawatan.

Selain daripada itu, sempena sambutan di peringkat kebangsaan pada 12 Oktober ini, banyak aktiviti menarik yang bakal diadakan. Orang ramai boleh menyertai acara larian Fun Run Fun Walk di South Creek Park, Semenyih, Pameran Kesihatan Mental, Ujian Kesihatan Mental, cabutan bertuah dan banyak lagi aktiviti menarik yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari secara terus Kementerian Kesihatan Malaysia .




No comments:

Powered by Blogger.