Ads Top

Anak Angkat Angelina Jolie Jadi Pereka Barang Kemas

Jika anak angkat sulung Angelina Jolie, Maddox sedang melanjutkan pelajaran di Korea Selatan dalam bidang biokimia, anak angkat ketiganya pula, Zahara menggembangkan bakatnya sebagai pereka barang kemas yang diberi nama, Zahara Collection.

Projek kolaborasi itu melibatkan jenama barang kemas, Robert Procop. Pada majlis pratonton filem terbaharu lakonan ibunya, Maleficent: Mistress of Evil pada 30 September lalu, Zahara menggayakan koleksi barangan kemas rekaannya daripada subang, cincin dan gelang tangan.

Kesemua hasil jualan produk tersebut akan disumbangkan kepada sebuah rumah kebajikan wanita dan kanak-kanak di Los Angeles, House of Ruth Shelters.

Sebelum ini, Angelina pernah berkerjasama dengan Robert Procop menerusi projek sama pada tahun 2012 yang diberi nama, Style of Jolie.

Angelina, 44, mempunyai enam orang anak yang kini berada di bawah jagaannya iaitu Maddox, 18, Pax, 16, Zahara, 14, dan tiga anak kandung hasil perkongsian hidup dengan bekas suami, Brad Pitt iaitu Shiloh, 13, dan pasangan kembar, Vivienne dan Knox, 11. – KopiPlanet.com

The post Anak Angkat Angelina Jolie Jadi Pereka Barang Kemas appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.