Fauzi Nawawi Beri Tempoh Kepada Wanita ‘Penipu’ Sebelum Ambil Tindakan
Pelakon Fauzi Nawawi dengan tegas mengatakan dia dan isteri, Lisdawati memberi ruang dan tempoh masa sehingga sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini kepada wanita yang didakwa menipu duit isterinya untuk tampil bertemu dengan mereka.
Menurut Fauzi, isterinya akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya wanita itu enggan bertemu bagi menyelesaikan isu di antara mereka yang melibatkan wang berjumlah ribuan ringgit.
“Buat masa sekarang kami masih beri dia peluang dan masa untuk dia tampil berbincang dan menyelesaikan masalah tersebut dengan cara baik.
“Tapi sampai sekarang, dia masih menghilangkan diri. Kami ada juga pergi rumah dia, tapi seperti tiada penghuni dan dia mungkin sudah bepindah rumah.
“Kalau sehingga hari merdeka dia masih berdiam diri, kami terpaksa ambil tindakan undang-undang,” katanya kepada KopiPlanet.com.
Fauzi ditemui pada majlis pelancaran filem Coast Guard yang berlangsung di Kuala Lumpur, semalam.
Hujung bulan lalu, Lisdawati mendedahkan dia mengalami kerugian ribuan ringgit selepas menjadi mangsa penipuan seorang wanita yang dikenali sebagai Nurul Ashikin. Lisda mengatakan dia sudah mengenali wanita itu sejak dua tahun lalu.
Lisda membuat pendedahan itu menerusi laman Instagram dengan memuat naik foto wajah serta kad pengenalan wanita terbabit selepas dia didakwa menipu Lisda yang bersetuju memberikan pinjaman untuk dijadikan modal bagi sebuah projek yang ingin dijayakan wanita tersebut. – KopiPlanet.com
The post Fauzi Nawawi Beri Tempoh Kepada Wanita ‘Penipu’ Sebelum Ambil Tindakan appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: