Adik Terpinga-Pinga Lihat Kakak, Seorang Lelaki Didakwa Mencabul Kanak-Kanak Di Kedai Serbaneka
Bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-Kanak Bukit Aman mengeluarkan statistik terbaru yang menunjukkan kes jenayah seks kanak-kanak meningkat sebanyak 20.3 peratus bagi tempoh enam bulan terakhir 2018. Malah didapati bahawa sebanyak 326 kes dicatatkan pada Julai hingga Disember 2018 berbanding 271 kes dalam tempoh sama pada tahun 2017.
Di samping itu, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, Ketua Siasatan Jenayah Selangor menyatakan dalam Januari hingga Oktober tahun 2018, 24.4 peratus kes jenayah seksual itu mendapati mangsa tidak mengenali individu yang melakukannya. Pelbagai cara dan tindakan yang sudah dilakukan oleh pihak berkuasa untuk menanganinya termasuk pelaksanaan undang-undang.
Namun ternyata, perkara ini masih menimbulkan kebimbangan ibu bapa terhadap keselamatan anak-anak mereka. Justeru pihak ibu bapa perlu sentiasa berhati-hati dan berwaspada. Malah masyarakat juga perlu membuka mata serta prihatin mengenai isu ini kerana jenayah ini boleh terjadi tidak mengira masa dan tempat.
Terbaru, malam tadi sebuah video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook telah tular dan menjadi bualan netizen. Video yang merupakan rakaman dari CCTV itu memaparkan satu kejadian tidak diingini, didakwa terjadi di sebuah kedai serbaneka.
Rakaman berdurasi 52 saat itu menyaksikan ketelah dua orang kanak-kanak dipercayai sebagai adik-beradik sedang barangan di rak sebelum mereka didatangi oleh seorang lelaki berbaju hitam. Lelaki tersebut lantas menghampiri kanak-kanak berbaju pink dan melakukan aksi tidak senonoh kepadanya.
Malah, aksi pemuda itu disaksikan oleh kanak-kanak yang dipercayai adik mangsa (berbaju kelabu) yang terpinga-pinga cuba berfikir apa yang sedang terjadi.
Menurut sumber ketika dihubungi, video berkenaan beliau perolehi dari group Whats App taman kediamannya. Menurut beliau, individu yang berkongsi video terbabit bekerja di kedai serbaneka itu. Dan laporan polis telah pun dibuat.
Sumber turut menasihatkan ibu bapa dan masyarakat supaya peka dengan isu sebegini. Sentiasa menasihati anak-anak berkaitan dengan keselamatan mereka dan tindakan yang harus mereka lakukan sekiranya perkara ini terjadi.
No comments: