Ads Top

Soo Wincci Berjaya Puasa Enam Buat Lapan Tahun Berturut-Turut

Umum sudah mengetahui tentang seorang artis bukan Islam iaitu Dr. Soo Wincci yang sering berpuasa setiap kali tibanya bulan Ramadan.

Selain berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadan, apa yang lebih mengagumkan lagi apabila penyanyi yang memiliki ijazah Doktor Falsafah itu juga turut mengamalkan puasa enam di bulan Syawal.

Malah, menerusi instgaramnya, Wincci memberitahu kini dia sudah berjaya mengamalkan puasa sebulan serta puasa enam buat lapan tahun berturut-turut.

“Selamat Pagi Malaysia Dari Spain. Wincci dah siap puasa sebulan & juga puasa enam buat tahun ke-8! Selamat Hari Raya Semua & Moga Semua Impian Anda Tercapai! Jom terus berusaha!” tulisnya.

Wincci yang ketika ini sedang menyambung pelajaran di Sepanyol juga pernah berkongsi pengalamannya berpuasa selama 16 jam di negara berkenaan.

Antara faktor yang menyebabkan dia berpuasa adalah inginkan dirinya terus kekal sihat serta berasa dapat berpuasa bersama rakan-rakan muslim yang lain. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Dr Soo Wincci

The post Soo Wincci Berjaya Puasa Enam Buat Lapan Tahun Berturut-Turut appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.