Ads Top

Konsert Terakhir Boyzone Dah Terjual Lebih 5,000 Tiket

Lebih 5,000 penonton dijangka bakal membanjiri Stadium Malawati, Shah Alam pada 14 Jun ini bagi menyaksikan kumpulan Boyzone yang akan beraksi di pentas buat kali terakhir.

Penganjur Konsert Thank You & Goodnight Farewell Tour 2019, Wowstar Creative Entertainment mengesahkan sebanyak 80 peratus tiket telah habis dijual setakat ini.

Tiket dijual pada harga-harga RM198, RM438, RM588 dan RM688.

Kumpulan terkenal dari Ireland yang dianggotai Ronan Keating, Shane Lynch, Keith Duffy dan Mikey Graham akan memukau peminat setia mereka dengan rangkaian lagu popular sepanjang mereka bertapak dalam bidang seni sejak lebih dua dekad lalu.

“Kuala Lumpur adalah antara bandar paling penting bagi rancangan strategik Wowstar di Asia. Ia satu penghormatan bagi kami kerana berjaya membawa lagenda kumpulan pop dari Ireland ini kembali ke Kuala Lumpur untuk mempersembahkan konsert terakhirnya kepada peminat-peminat di Malaysia,” kata Ketua Pegawai Wowstar Creative Entertainment, Gloria Wei.

Wowstar sebelum ini pernah menganjurkan konsert Jason Mraz di Asia termasuk di Kuala Lumpur pada 13 Mei lalu dengan mencatatkan jumlah kehadiran penonton seramai 10,000 orang. – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.