Ads Top

Anzalna Nasir Nafi Sudah Buat Akaun Instagram Anak

Membuat akaun Instagram khas untuk anak terutamanya yang baru dilahirkan antara yang menjadi pilihan segelintir selebriti hari ini.

Bagaimanapun, pelakon Anzalna yang baru sahaja melahirkan cahaya mata sulung barup-baru ini menafikan tentang kewujudkan akaun Instagram anaknya iaitu Mohamad Eidress.

“Sangat murni niat pengguna ig (Instagram) ni tapi ini bukan Eidrees punya ig. Nanti bila mummy senang mummy buatkan.

“Sekarang, saya sengaja buat mummy busy so dia boleh focus kat saya. Yang ikhlas, Mohamad Eidrees bambam,” ujarnya menerusi caption yang ditulis di Instagram.

Pelakon berkenaan selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada 31 Mei lalu di sebuah hospital di Kuala Lumpur, iaitu kurang seminggu ketika umat Islam menyambut Aidilfitri.

Anzalna dan suaminya, Muhamad Hanif Mohamad Zaki dikurniakan cahaya mata sulung setelah tiga tahun mendirikan rumah tangga. Kedua-duanya berkahwin pada tahun 2016. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Anzalna Nasir

The post Anzalna Nasir Nafi Sudah Buat Akaun Instagram Anak appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.