Ads Top

Blink ‘Berperang’ Naikkan Jumlah Tontonan MV Ddu-Du Ddu-Du Ke 1 Billion

Minggu lalu, kumpulan Blackpink telah dinobatkan sebagai kumpulan K-Pop pertama yang berjaya mencatatkan jumlah tontonan sebanyak 800 juta menerusi muzik video lagu Ddu-Du Ddu-Du di saluran Youtube.

Susulan itu, peminat kumpulan tersebut yang digelar Blink telah melancarkan satu ‘kempen’ bagi mencapai sasaran sebanyak 1 bilion tontonan dengan mewujudkan tanda pagar #StreamDDDDTo1B menerusi pelbagai laman sosial.

Malah seorang peminat setia turut membuat jangkaan yang video itu berupaya mencapai sasaran 1 bilion tontonan menjelang bulan September ini.

Buat masa ini, hanya lagu dendangan Psy iaitu Gangnam Style yang telah berjaya mendapat jumlah tontotan melebihi 1 bilion selepas lagu itu mencipta fenomenanya yang tersendiri pada tahun 2012. Video muzik Gangnam Style kini telah merekodkan lebih 3.3 bilion tontonan.

Selain lagu Ddu-Du Ddu-Du, single terbaharu Blackpink yang dianggotai Jennie, Lisa, Rose dan Jisoo iaitu Kill This Love juga dilihat berpotensi untuk mencapai 1 bilion tontonan apabila berjaya mencatatkan jumlah tontonan lebih 353 juta kali selepas ia dilancarkan pada 4 April lalu. – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.