Ads Top

Pengalaman Gadis Ini Berpantang Dengan Ibu Mertua Ibarat Mimpi Buruk

Assalammualaikum semua,mohon hide profile saya ye.. saya dah 10 tahun berkahwin dan dikurniakan 3 anak. suami penjawat awam.. saya suri rumah selepas bersalin anak sulung. di sini saya nak share pengalaman saya masa berpantang dengan MIL. bukan kehendak saya nak berpantang dengan MIL.

Tapi dipujuk suami dan mak saya sendiri kerana atas alasan anak saya cucu pertama dlm keluarga MIL jadi saya mengalah dan mak saya juga mengalah walaupun dia susah hati sebab sudah sedia maklum. MIL manusia yang berpura2..Azab nya berpantang dengan MIL hanya tuhan yang tahu, tak sampai sejam saya dapat kebenaran keluar hospital, MIL terus memaksa suami bawa saya balik kampung dengan perjalanan 8jam .

Kami bertolak 9 malam dan sampai disana lebih kurang 5 pagi. semua atas kehendak MIL yang suami tak berani membantah.. dalam pantang saya tak dibenarkan baring.. saya tak diberi makanan berpantang saya tak diberi mandi air panas /suam / air daun..

Saya juga tak di urut tak dipakai bengkung tak ditungku.. dengan alasan mandi air daun. badan berkutu. urut. tiada orang boleh urut. bengkung tak perlu pakai susah nak menyusu. tungku takde batu. walhal sebelum bersalin suami dh beli dan siapkan semua ni..

Makanan saya sama macam makanan orang lain. ikan bawal sambal.. ayam kari .. telur, bila saya tak menjamah apa MIL masak.. MIL akan perli saya dan tinggikan suara cakap. dia anak 5 berpantang malan semua tu elok je sampai sekarang.. dan dalm pantang jangan jaga makan.. nanti susu tak ade zat kata MIL.. jadi nak tak nak saya menjamah sikit dan akibatnya.. seperti sedia maklum saya bentan..

Luka takbaik.. bernanah. suami? suami hanya diamkan diri . Saya tak salahkan suami. sebab tau MIL dh brainwash suami konon apa dia buat itu betol. dan suami percaya bulat2 sebab ini pengalaman kali pertama..MIL takbagi saya jaga makan dengan alasan susu takde zat. Tapi masuk seminggu hari berpantang. MIL bawa balik. botol susu dan susu tepung.. terus bancuh dan tanpa banyak cakap.

Bagi pada anak. atas alasan.. susu saya tak elok dan cair. tapi saya tetap teruskan menyusu anak. di usia anak saya dua minggu.. depan mata saya adik ipar saya boleh bersin depan muka baby.. bila saya tegur MIL dengar. dia cakap ” alah baru sorang memang macam tu la jaga sangat konon” .. dan tak lama selepas tu anak saya batok dan selsema.keesokan hari saya kena pergi klinik follow up luka di bawah..

Saya pergi dgn suami dan anak tinggalkan sekejab dengan MIL sebab tengah tido dan dalam keadaan anak tak sihat saya tak berani bawa anak keluar takut lagi memudaratkan kesihatannya.. bila balik saya pelik anak saya tido dengan nyenyak sehingga malam tak minta susu.

Bila MIL perasan saya usik2 anak suruh bangun hisap susu MIL cakap jangan di kacau budak tu mak bagi dia ubat batok pagi tadi tu dia tido.. Allah berderau saya dengar.. saya menangis sepanjang malam kejut anak dan berdoa moga anak takde ape. sbb saya ada terbaca bby tak boleh di bagi ubt.. dan ubt yang MIL bg adalah ubt batok dewasa..

Alhamdulillah Alah dgar doa saya … saya bersyukur tiada apa terjadi pd anak dan sejak tu saya tak bagi MIL pegang anak. dan dari menantu yang lembut hanya menurut saya menjadi kurang ajar sehingga bertekak dengan MIL dan minta cerai dengan suami jika tak bawa saya balik rumah keluarga dengan segera .. Suami menurut kehendak saya.. dirumah keluarga saya cerita apa jadi.

Dan di sana baru suami buka mata. apa mak dia buat tu salah. sejak itu baru lah suami banyak google dan mencari ilmu penjgaan dalam pantang.. anak no 2 dan 3 saya berpantang sendiri dengan suami sendiri yang menjaga makan minum saya dan anak.. jauh lebih sempurna dri MIL jaga.. dan smpi skrg hubungan saya dan MIL tak berapa baik.Saya maafkan apa MIL buat pd saya.

Tapi saya tak dpt maafkan MIL bagi anak saya ubat sebarangan.. saya menanti selama 4thn utk mendapat zuriat pertama.. selama 3 tahun saya dihina dituduh bela hantu raya.. di caci mandul dan sebagainya.. tapi bila saya dh bersalin. saya sgt sedih dan terkilan bila MIL bg anak saya ubat sebarangan. Alhamdulillah saya bersyukur Allah masih melindungi anak saya. harta dunia akhirat saya. buat MIL moga pintu hati mak terbuka utk menjadi seorang umat yang mentaati kepadaNYA ..

SUMBER : Kisah Rumah Tangga

Kredit:EmpireMediaNetwork




No comments:

Powered by Blogger.