Ads Top

“Media Sosial Bukan Medium Kongsi Masalah Rumah Tangga” – Aeril Zafrel

Pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bersyukur rumah tangga yang dibina sejak tujuh tahun lalu masih kekal bahagia dan harmoni sehingga sekarang.

Menurut Aeril, dia dan isteri mengambil pendekatan tidak meletakkan perkara negatif yang melibatkan rumah tangga mereka di laman sosial untuk tatapan pengikut mereka.

“Dalam tempoh tujuh tahun perkahwinan, mustahil tiada pergaduhan cuma tidaklah sampai bergaduh besar. Bagi kami, media sosial bukan salah satu medium yang bagus (untuk ceritakan masalah rumah tangga). Itu pendapat saya dan Wawa tapi terserah kepada orang lain sebab ia hak peribadi masing-masing.

“Mungkin ada yang buat macam itu untuk tarik perhatian orang di luar sana. Lagipun memang dahulu lagi kami ambil pendekatan tidak memuat naik atau berkongsikan hal remeh-temeh atau pergaduhan di media sosial. Kami ada juga bergaduh, namun lama-kelamaan tidak perlu pujuk dan kami akan berbaik sendiri,” katanya kepada KopiPlanet.com

Aeril dan Wawa ditemui pada majlis perlantikan pasangan itu sebagai duta kempen kesihatan gusi Systema Gumbatte yang berlangsung di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya hari ini.

Sementara itu, Wawa berkata dia bersyukur dikurniakan seorang suami yang cukup penyabar dalam melayani karenahnya sebagai seorang isteri.

“Apa yg saya belajar kita jangan besarkan hal yang remeh-temeh. Macam saya dulu suka besar-besarkan hal remeh-temeh. Nasib baik saya dapat suami jenis penyabar.

“Saya sekarang dah belajar dan daripada situ kalau kita sentiasa jaga hati pasangan, insyaAllah rezeki pun akan senang masuk,” kata Wawa.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang perancangan untuk menambah cahaya mata, Wawa berkata dia bersedia sekiranya diberikan rezeki dalam waktu terdekat.

“Saya memang nak sangat timang cahaya mata lagi, tetapi masih belum ada rezeki. Kami memang tidak merancang, kalau ada rezeki kami terima,” katanya lagi.

Aeril dan Wawa berkahwin pada 2013 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4. – KopiPlanet.com

The post “Media Sosial Bukan Medium Kongsi Masalah Rumah Tangga” – Aeril Zafrel appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.