Ads Top

Setiap Rezeki Yang Kita Dapat Itu, Ada Hak Orang Lain Yang Perlu Dikongsi..

Tidak dinafikan setiap rezeki yang kita perolehi, ada hak dan bahagian orang lain yang perlu dikongsi. Ia bukanlah milik kita seorang. Barangkali ia milik mak ayah, adik beradik, orang susah dan golongan yang memerlukan. Jika inginkan keberkatan dalam setiap rezeki yang diperolehi, jangan lokek untuk berkongsi, bahkan pahala tersebut kekal di akhirat nanti.

Malah amalan berkongsi rezeki atau bersedekah merupakan salah satu daripada amalan yang tidak terputus pahalanya.

عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له

Maksud hadis :

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya, Rasulullah SAW telah bersabda :
Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.”

(HR Muslim)

Jemput baca perkongsian oleh Muhammad Hassan ini sebagai renungan buat kita;

Hari jumaat tempoh hari saya kerja separuh hari. Ada pakcik pesakit dialysis nak tumpang balik,kebetulan rumah satu jalan dengan saya.

Dalam perjalanan beliau minta saya berhenti masjid sekejap nak solat dhuha. Dah alang-alang dia solat saya join sekaki.

Masuk masjid ada satu keluarga dalam masjid. 2 orang kanak-kanak main kejar kejar dalam masjid. Dari jauh anak-anak ini datang kat saya dan pakcik dan salam. Bapanya sedang solat dhuha saf pertama.

Sebelum solat pakcik tu keluarkan duit kertas Rm50 terus bagi kat anak yang paling besar. Terkejut juga saya. Banyak betul pakcik tu bagi.

Berkat Solat Dhuha

Selesai solat baru nak melangkah keluar masjid kami di sapa oleh bapa anak-anak tadi. Tuan terima kasih sedekahkan kami duit. Saya cakap bukan saya bagi,pakcik ni bagi.

Banyak kali dia ucap terima kasih sambil sebak menangis. Saya cakap jangan menangis bang,itu rezeki abang dan anak-anak. Dia terus cakap. Saya dah tak ada duit langsung bang.

Dalam bank pun ada RM30 je tak boleh keluarkan. Saya tak sangka berkat solat dhuha Allah beri rezeki kat saya. Saya dah tak ada kerja bang. dah 2 minggu cari kerja takda. Kedai makan tempat saya kerja sebelum ini dah tutup. Terima kasih pakcik sedekah kami duit.

Pakcik terus pelawa. Jika begitu kerja dengan pakciklah. Hantar dan ambik pakcik di pusat dialysis. Tapi pakcik kereta saya tak ada air cond. Takpa pakai kereta pakcik ada air cond. Jika awak nak kerja hari-hari pun boleh jadi driver pakcik nak?

Lagi pun pakcik taknak menyusahkan anak-anak,diorang semua kerja pejabat. Jika kamu bersetuju nanti ikut pakcik ke rumah kita bincang pasal gaji.

Tanpa fikir panjang terus abang itu bersetuju dengan sebak, berkali kali dia ucap terima kasih. Paling saya terharu anak-anak beliau terus berlari cakap kat ibu yang menunggu di garaj letak kereta.

Setiap Rezeki Kita, Ada Hak Orang Lain

Dalam kereta pakcik cakap kat saya. Pakcik tak lama dah,esok lusa mungkin akan mati. Kawan-kawan pun semua dah mati. tinggal pakcik je. Dulu hidup banyak lupa tuhan,tak banyak sedekah, jarang solat,hidup hanya untuk kerja, perniagaan. Anak-anak membesar pun tanpa kasih sayang dari pakcik.

Sekarang sebelum mati Allah dah tarik nikmat supaya pakcik ingat dia. Matt kena ingat. Setiap rezeki yang kita dapat itu ada hak orang lain. Kita kena kongsi. Yang kita kongsi itulah akan kekal di akhirat nanti.

Selesai semua.

Dari Pasir gudang ke pontian tak henti henti saya berfikir apa Allah nak tunjuk kat saya jumaat lepas. Fikir apa nasib abang,isteri dan anak-anak keluarga ini,tak henti henti juga saya doakan moga urusan abang ini dipermudahkan.

Sahabat. Hari ini mungkin kita mampu untuk makan 2-3 kali sehari,mampu untuk ke mana kita nak pergi. Tapi ada ramai insan diluar sana untuk makan sekali sehari pun belum tentu dapat.

“Ya Allah maafkanlah kami banyak lupa tentang insan lain”

-EncikMatt-
#LelakiBurQa

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bersyukurlah dengan setiap rezeki yang diperolehi dan berkongsilah dengan orang lain untuk keberkatan serta saham akhirat kita kelak.

Makluman: Artikel yang diterbitkan ini telah mendapat keizinan daripada penulis asal.

Sumber: Muhammad Hassan

The post Setiap Rezeki Yang Kita Dapat Itu, Ada Hak Orang Lain Yang Perlu Dikongsi.. appeared first on Mingguan Wanita.




No comments:

Powered by Blogger.