Ads Top

Pelakon Kristin Cavallari Nafi Suntik Botox Di Wajahnya

Pelakon dan personaliti televisyen Kristin Cavallari, 32, dikatakan telah melakukan suntikan botox bagi menambahkan lagi seri di wajahnya yang sudah sedia cantik itu.

Dakwaan itu diutarakan oleh kebanyakan netizen yang meninggalkan komen menerusi laman instagram pelakon tersebut.

“Nampaknya hanya bibir kamu sahaja dikekalkan semulajadi, pipi serta dagu dipenuhi dengan suntikkan botox sehingga ke dahi dan kurang kedutan”, tulis salah seorang pengikutnya.

Susulan dakwaan tersebut, Kristin tampil menafikan dengan memberi komen balas terhadap komentar yang ditinggalkan oleh netizen berkenaan.

“Saya sebenarnya tidak pernah melakukan apa-apa perubahan terhadap wajah saya. Tetapi saya tetap berterima kasih di atas komen tersebut yang saya anggap sebagai satu pujian terhadap rupa paras saya. Saya nasihatkan pastikan sesuatu fakta itu adalah benar sebelum anda meninggalkan sebarang komen,” ujar Kristin. – KopiPlanet.Com

The post Pelakon Kristin Cavallari Nafi Suntik Botox Di Wajahnya appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.