Ads Top

Fasha Sandha Anggap Haneesya Hanee Teraniaya

Pelakon popular, Fasha Sandha menyampakan pesanan kepada bekas juara Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee yang ditarik semula gelaran tersebut ekoran video kontroversi mengenai dirinya baru-baru ini.

Fasha berkongsi perkara itu menerusi posting terbaru Instagramnya hari ini.

“Insyaallah ada rezeki di tempat lain untuk awak, terutamanya untuk yang teraniaya oleh ‘sahabat’ sendiri. Video aib ‘sebelum kemenangan’ disebarkan selepas kemenangan. Berhati2 memilih kawan, tak semua kawan suka dengan ‘kejayaan’ kita. Jangan diulangi kesalahan itu”

“Semoga industri dapat memaafkan Hanee. Dia unik, cantik dan berbakat besar dalam industri modelling dan lakonan. Saya yakin ada kebaikan dalam diri Hanee. Berikan dia peluang. Jangan kita hukum dan menghina dia dan keluarga. Kita tidak tahu apa akan jadi pada kita, atau keturunan kita kelak. #doayangbaikbaik”- Pesannya

fashasandha
Kepada @haneesyahanee ,Remember this quote‘Fall 7 times,stand up 8’It’s undeniable–we all make mistakes. It’s in our nature as humans to fail.Insyaallah ada rezeki di tempat lain untuk awak, terutamanya untuk yang teraniaya oleh ‘kawan’ sendiri. Video aib dirakam berminggu2 ‘sebelum kemenangan’ disebarkan selepas kemenangan. Jadi Berhati2 memilih kawan~ tak semua kawan suka dengan ‘kejayaan’ kita. .
Walau apapun, Jangan diulangi kesalahan itu Hanee..
Dan, Kita semua juga patut jadikan ini sebagai pengajaran.
Semoga industri dapat memaafkan Hanee. Dia unik, cantik dan berbakat besar dalam industri modelling dan lakonan. Saya yakin ada kebaikan dalam diri Hanee. Berikan dia peluang. Jangan kita hukum dan menghina dia dan keluarga. Kita tidak tahu apa akan jadi pada kita, atau keturunan kita kelak. #doayangbaikbaik

Haneesya atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan hanya sempat menyandang gelaran Dewi Remaja 2018/2019 kurang dari 72 jam yang dimenanginya pada Ahad yang lalu.

Difahamkan video yang menjadi kontroversi itu berlaku sebulan lalu namun ditularkan pada sehari selepas Haneesya bergelar juara Dewi Remaja. Ada ura-ura mengatakan, penularan video itu berpunca dari kawan baik Haneesya sendiri. Bertabah je lah Haneesya!

Antara Komen Orang Ramai

SUMBER:HANGAT




No comments:

Powered by Blogger.