Ads Top

Bagaimana Untuk Kekal Berhubung Dengan Allah

Manusia sentiasa dalam pencarian mencari kebahagiaan di dunia ini – kita mencari makna di sebalik kewujudan kita di dunia. Kata orang, makna bahagia itu berbeza bagi setiap orang.

Namun, hakikat kebahagiaan yang sebenar hanya ada satu, iaitu kebahagian kerana menyedari bahawa kita hamba kepada hanya satu Pencipta yang berkuasa iaitu Allah.

Hari kita dipenuhi dengan pelbagai perkara – kerja, keluarga, anak-anak, dan sebagainya. Maka bagaiamana untuk berasa kekal berhubung dengan Allah. Rasulullah SAW menggariskan tiga perkara iaitu:

1. Doa setiap hari
2. Solat
3. Zikir

Tiga perkara mudah ini yang mampu membuatkan kita sentiasa rasa dekat dengan Allah. Seluruh tugasan kita setiap hari akan menjadi ibadah kerana segalanya diniatkan kerana Allah.




No comments:

Powered by Blogger.