Ads Top

“Bukannya Minta Duit Pergi Jalan Jimbaa…” Bekas Isteri Tuntut Shuk Sahar Bayar Yuran Taska Anak

Bekas isteri kepada Shuk Sahar, Fara Salleh menuntut pelawak berkenaan untuk menjelaskan yuran pendaftaran taska anak mereka iaitu Elaine Nada.

Perkara berkenaan dimuat naik oleh Fara sendiri menerusi posting di akaun Insta Story miliknya sambil memaklumkan perlu melangsaikan bayaran berkenaan dengan kadar segera.

“Mr Shukri Sahar, Tak minta banyak pun..minta settle bill pendaftaran tahunan nada je RM1540 selebihnya let me tambah.. kalau lambat register nanti taska penuh. Lagipun ni je tempat yang paling murah.

“The rest area sini pendaftaran dan bulanan mahal. Tahun lepas nada masuk bulan 11. And now current playschool nak tutup.
Bukannya minta duit pergi jalan jimbaaa.. aku jalan jimba bawa nada pun tak pernah minta sesen dari kau, nada sakit demam pun sesen tak bagi, baju baju nada, makan minum semua aku cover without aku merentan,” ujarnya.

Dalam posting berkenaan, Fara menyatakan dia terpaksa bersuara mengenai perkara berkenaan memandangkan dia terpaksa pergi bekerja.

Ujarnya, dia juga pernah meminta wang daripada Shuk untuk membuat majlis aqiqah anak mereka, namun pelawak berkenaan memberikan pelbagai alasan.

“Tapi untuk taska ni yes i have to voice out. sebab i have to work brooo.. kalau aku duduk rumah jaga nada macam mana aku nak kerja? Bulan 8 aku ada text kau untuk aqiqah nada and kau nak nak buat bila i said awal bulan 9. Kau kata takde modal, now dah bulan 11 masih takde modal untuk aqiqah anak?

“Dah tak mampu ke nafkahkan nada? Aku jaga nada 24/7 without failed. I give her everything. Your part aku minta settlekan yuran tahunan nada jeee En shukri. Easyyyyyyyyyyy jobbbbbbb. Nanti tolong sampaikan ye.. sebab dah minta since september bende ni.. hehe thank you followers ku..,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post “Bukannya Minta Duit Pergi Jalan Jimbaa…” Bekas Isteri Tuntut Shuk Sahar Bayar Yuran Taska Anak appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.