Ads Top

Kisah Penghijrahan & Cinta Suci Antara Tarikan Dalam Drama Satu Hari Nanti

iQIYI, aplikasi penstriman rantau Asia yang popular kali ini mempersembahkan pula drama bersiri terbaharunya berjudul SATU HARI NANTI sebagai sajian istimewa pada bulan September ini dengan gandingan mantap oleh barisan pelakon muda berbakat tanah air seperti Ezaidi Aziz, Eyka Farhana dan juga Bella Astillah, diarahkan oleh pengarah terkenal, Pali Yahya, tajaan khas oleh jenama kecantikan Nivea, yang Naikkan keyakinan dengan Wangian Kelas Dunia serta telefon bimbit Honor, Go Beyond.

Drama ini mengisahkan tentang seorang pemuda mualaf berbangsa Cina bernama Noah Lee (lakonan Ezaidi Aziz) yang mengalami kekecewaan dalam percintaan dan cuba mencari apakah hikmah di atas apa yang terjadi. Noah mula menyibukkan dirinya dengan melakukan kerja-kerja kebajikan lalu bertemu dengan seorang gadis Muslim yang berjiwa dinamis, Marissa Safiyyah (lakonan Eyka Farhana).

Semangat juang yang tinggi dalam menyuarakan hak-hak wanita yang dimiliki Marissa telah membuatkan Noah jatuh hati kepada dirinya. Namun siapakah wanita bernama Aulia Jane (lakonan Bella Astillah) dalam hidup Noah?

Apakah kesudahan kisah mereka? Mampukah cinta berlainan agama dapat bertahan? Saksikan SATU HARI NANTI, eksklusif hanya di aplikasi iQIYI. 

Ditanya apakah rujukan Ezaidi dalam memegang watak seorang mualaf berbangsa Cina, katanya: “Selain itu, cerita ini mengajar kita supaya tidak menghukum seseorang tanpa mengenali peribadinya, pandangan dasar terhadap seseorang tidak menjadikannya baik atau buruk. Berilah peluang dan buka minda kita.

Menurut Eyka, drama ini memberi pengalaman manis buat dirinya sebagai seorang pelakon, katanya, “Apabila saya mendapat tahu ‘team’ produksi akan ke Mekah dan Madinah untuk melakukan penggambaran, terus rasa teruja dan rasa tidak sabar-sabar untuk memulakan penggambaran.

“Sewaktu berada di Tanah Suci, segala-galanya indah dan Alhamdulillah dipermudahkan, segala urusan, waktu bekerja dan kesemua krew memberi kerjasama yang baik.

Berlainan pula bagi Bella yang memegang watak Jane dalam drama ini kerana ada persamaan dengan kehidupan peribadinya, dan apabila ditanya apa yang memberi kesan, katanya, “Mencintai dan dicintai harus seiring dalam sesebuah perhubungan dan tidak hanya bertepuk sebelah tangan, barulah perhubungan tersebut dapat berkekalan hingga akhir.

“Pengalaman berada di Mekah dan Madinah terlalu indah buat saya kerana ia merupakan tempat terbaik untuk saya ‘healing’ dari pengalaman yang lalu, ditambah dengan ‘team’ produksi yang baik-baik belaka, pengarahnya abang Pali yang sangat memahami dan banyak membantu dalam memberi bimbingan penghayatan karakter saya sebagai Aulia.

Kongsi Pali Yahya, selaku pengarah drama SATU HARI NANTI mengenai pemilihan pelakon dan juga pengalaman mengarah gandingan baharu yang tidak pernah diarahkannya sebelum ini, 

“Saya bersama-sama pihak penerbit dan iQIYI berbincang dalam memilih pelakon yang sesuai untuk setiap watak, agak mencabar untuk menghasilkan sebuah drama yang diinspirasikan dari sebuah novel, namun ‘chemistry’ yang dimiliki oleh setiap pelakon berjaya ‘menghidupkan’ drama ini.

“Banyak kisah yang dapat dijadikan pengajaran dari drama ini, tentang pengorbanan, kesabaran, kecintaan terhadap Sang Pencipta dan di antara manusia, jika mahukan sesuatu dalam hidup, harus bersungguh-sungguh sehingga berjaya.

Menurut En. Jony Deng, selaku Pengurus Besar iQIYI Malaysia & Singapura, katanya, “Harapan saya agar drama ini mendapat sambutan daripada penonton kerana ia merupakan sajian yang istimewa pada bulan September ini, dengan jalan ceritanya yang menarik, barisan pelakon berbakat dan pengajaran tentang agama serta perhubungan yang dapat dijadikan iktibar, rugi jika sesiapa tidak menontonnya.

Drama SATU HARI NANTI akan boleh ditonton mulai 18 September ini, pada pukul 9:00 malam. – KopiPlanet.com

The post Kisah Penghijrahan & Cinta Suci Antara Tarikan Dalam Drama Satu Hari Nanti appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.