Ads Top

‘Jelajah Suria Kuasa 2’ Suria FM Akan Jelajah Empat Buah Negeri, Kembali Dengan Konsep Baharu

Suria FM dengan bangganya mengumumkan Jelajah Suria kini kembali dengan konsep baharu yang lebih bertenaga, ‘Jelajah Suria Kuasa 2’, hasil gabungan kerjasama bersama Yaya Empire.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin), Suria FM sangat teruja untuk kembali turun padang temui peminat setia menerusi ‘Jelajah Suria Kuasa 2’. 

“Kami sangat teruja untuk kembali turun padang temui peminat setia dengan memberikan sentuhan segar yang menarik menerusi gabungan kerjasama Suria FM bersama Yaya Empire di ‘Jelajah Suria Kuasa 2’.

“Selain berhibur bersama barisan artis popular tanah air dan pelbagai aktiviti pentas yang boleh dimenangi, pengunjung juga berpeluang beramah mesra bersama barisan penyampai Suria FM seperti Ajak, Dato Fizz Fairuz, Suraya, Cik Piah, Rara, Chiwan dan Kai Hassan,” ujarnya.

Ujar beliau, siri jelajah kali ini menjanjikan pengalaman yang lebih mengujakan dan bakal menjelajah ke empat lokasi utama di seluruh negara seperti di Pulau Pinang, Johor, Negeri Sembilan dan Kelantan.

Akan berlangsung selama dua hari di setiap lokasi, bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga 10.00 malam, antara lokasi berkenaan adalah Mydin Bukit Mertajam, Penang (7 & 8 September), Plaza Angsana, Johor Bahru (21 & 22 September), AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan (28 & 29 September) dan AEON Kota Bharu, Kelantan (11 & 12 Oktober).

“Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang jelajah, antaranya pertandingan KiraOke Suria, hadiah cabutan bertuah bernilai hampir RM 36,000.

“Malah, ia bakal dimeriahkan dengan penampilan barisan artis popular tanah air seperti Kristal X, Zamani Slam, Haqiem Rusly, Ara Johari, Ernie Zakri, Amir Masdi & The Band, Aina Abdul, Nabila Razali, Black Hanifah, Ameng Spring, Masdo, Aisha Retno, Ruffedge, Ezad Lazim, Floor 88, Afieq Shazwan, Baggio Damasutra, Poey Stings dan ramai lagi,” ujarnya.

Lebih menarik, pengunjung berpeluang menangi sebahagian RM 24,000 menerusi KiraOke Suria di Jelajah dengan hanya rakamkan video nyanyian berdurasi 1 minit daripada senarai lagu yang diberikan dengan memuat naik video di media sosial berserta hashtag #KiraOkeSuriaPenang, #KiraOkeSuriaJB, atau #KiraOkeSuriaNilai. – KopiPlanet.com

The post ‘Jelajah Suria Kuasa 2’ Suria FM Akan Jelajah Empat Buah Negeri, Kembali Dengan Konsep Baharu appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.