Ads Top

“Itu Video Lama…” – Sufian Suhaimi Nafi Kembali Bercinta Bersama Bekas Kekasih

Penyanyi popular, Sufian Suhaimi menafikan bahawa dia sudah kembali menjalinkan hubungan istimewa dengan bekas kekasihnya, Rania Al Sadat.

Sufian berkata, sebarang cerita yang mengatakan mereka menjalinkan cinta semula berdasarkan video yang tersebar adalah tidak benar.

“Itu video lama sebenarnya… Saya rasa apa yang pernah saya kongsikan kali terakhir tu, jawapannya tetap sama. Kami berdua memang okey sahaja tanpa sebarang drama.

“Cuma hubungan tu sekarang lebih baik sebagai kawan. Lagipun kami masih berkomunikasi kalau ada sebarang perkara yang nak dibincangkan,” jelasnya.

Sufian berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran dan pengenalan peserta program The Chosen One yang berlangsung semalam.

Sebelum ini, terdapat video yang tersebar memamparkan penyanyi berkenaan dilihat beberapa kali bersama dengan bekas kekasihnya itu.

Dalam pada itu, pelantun lagu Ternyata Aku itu mengakui dia reda dan menerima dengan hati terbuka, meskipun beberapa kali berdepan dengan kegagalan dalam percintaan.

“Saya pun tak nampak perkara ini sebagai sesuatu yang boleh menjatuhkan diri kerana ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

“Kebetulan ia berlaku kepada diri saya… orang mengenali saya. Namun, saya pun tak berasa sebarang tekanan. Cuma kesedihan tu adalah sedikit sebagai seorang yang ada perasaan,” ujarnya.

Pada April lalu, Sufian membuat kenyataan bahawa hubungannya dengan Rania sudah berakhir, hanya beberapa bulan setelah menghantar rombongan merisik. – KopiPlanet.com

The post “Itu Video Lama…” – Sufian Suhaimi Nafi Kembali Bercinta Bersama Bekas Kekasih appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.