Ads Top

Penyanyi Yang Popular Dengan Lagu Rindu Bayangan, Jay Jay Meninggal Dunia

Penyanyi popular, Jay Jay dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Thompson Kota Damansara, Selangor, malam tadi.

Berita sedih itu turut dikongsikan oleh rakan artis penyanyi berkenaan iaitu Datuk Hattan yang mengesahkan berita pemergian Allahyarham.

“Saya dapat berhubung dengan isterinya dan dia mengesahkan Jay Jay sudah meninggal dunia.

“Ketika ini urusan jenazah sedang dilakukan di hospital,” katanya.

Untuk makluman, jenazah dijangka akan disolatkan sebelum Zohor di Masjid Al-Husna, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor.

Sebelum ini, pada 23 Mei lalu, arwah pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN).

Susulan pembedahan tersebut, Jay Jay diserang strok dan meneruskan rawatan fisioterapi di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor.

Selain itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diwakili oleh Setiausaha Politik beliau iaitu Farhan Fauzi menyampaikan sumbangan kepadanya.

Di awal karier seni, Jay Jay merupakan vokalis dan pemain bass untuk kumpulan Carefree dan antara lagu hits Rindu Bayangan antara karya malar segar yang sehingga kini masih menjadi pilihan peminatnya.

Selepas mengundurkan diri daripada kumpulan Carefree, kariernya terus gemilang dengan kelahiran tujuh buah album solo. – KopiPlanet.com

The post Penyanyi Yang Popular Dengan Lagu Rindu Bayangan, Jay Jay Meninggal Dunia appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.