Ads Top

Filem ‘Pusaka Hanafi’ Angkat Kisah Pengasas & Pemimpin Agung Silat Cekak Ustaz Hanafi Ahmad

Nama Allahyarham Ustaz Hanafi Ahmad pastinya sudah diketahui umum terutama dalam alam persilatan sebagai seorang seorang pengasas kepada seni Silat Cekak yang bermula pada tahun 1965.

Sehubungan itu, Yayasan Ustaz Hanafi Ahmad (YUHA) akan bekerjasama dengan United Nine Creative Sdn. Bhd. akan menerbitkan sebuah filem berjudul Pusaka Hanafi.

Pengarah Urusan United Nine Creative, Datuk Mohd Rosdi Shair berkata filem ini akan mengambil kisah dan falsafah arwah sebagai pengasas dan pemimpin agung Silat Cekak sebagai jalan cerita utama yang mana beliau telah membawa perubahan dalam dunia persilatan Melayu, kerohanian dan juga terlibat dalam perjuangan kemerdekaan negara.

“Filem yang dianggarkan berkos antara RM7 juta hingga RM8 juta itu akan memperkenalkan pengarah, barisan pelakon pada Oktober ini.

“Pusaka Hanafi dirancang untuk tayangan di pawagam seluruh negera bersempena sambutan ulang tahun 60 tahun Silat Cekak pada tahun 2025,” ujar beliau.

Untuk penerbitan filem ini, Yayasan Ustaz Hanafi Ahmad (YUHA) dan United Nine Creative Sdn Bhd akan bekerjsama dengan matlamat untuk menyumbang kepada pembentukan sahsiah terpuji rakyat Malaysia amat sesuai dengan tema kemerdekaan tahun ini, Malaysia Madani: Jiwa Merdeka.

Malah, satu majlis memorandum persefahaman (MoU) dan pertukaran dokumen telah diadakan antara YUHA dan United Nine Creative bersempena sambutan Hari Tenaga Pengajar Silat Cekak Pusaka Hanafi 1446H/2024 di Pusat Konvensyen PICCA @Arena Butterworth, Butterworth baru-baru ini.

Pertukaran dokumen kerjasama untuk penerbitan filem itu diwakili oleh Mohd Rosdi Sahir selaku Pengarah Urusan United Nine Creative dan Ketua Pegawai Eksekutif YUHA, SR Roslan Manap.

Majlis tersebut turut disaksikan oleh Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia cawangan Pulau Pinang, Jonathan Freddy P. Bagang selaku wakil rasmi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution, Guru Utama Silat Cekak Pusaka Hanafi merangkap Pengerusi YUHA, Md Radzi Hanafi dan ahli Lembaga Pemegang Amanah YUHA, Aminudin Dahlan.

Sementara itu, jurucakap , filem tersebut lebih berkisarkan falsafah nilai-nilai murni Silat Cekak yang diasaskan oleh Ustaz Hanafi Ahmad dan penerapan sejarah perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu dengan silat sebagai wahana meniup kesedaran, memupuk disiplin dan akhlak serta menolak amalan syirik dan tahyul.

“Filem ini juga akan mengangkat tema nilai-nilai murni dunia persilatan serta keunikan dan kehebatan seni bela diri Melayu yang setara dengan seni bela diri lain.

“Apa yang menarik kemungkinan filem ini akan memuatkan sedikit adegan menceritakan begaimana penglibatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Seni Silat Cekak ketika zaman mudanya dan perhubungannya dengan Ustaz Hanafi,” ujarnya.

Sedikit info, arwah Ustaz Hanafi yang dilahirkan pada 1923 di Kedah memulakan pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kampung Gunung, Alor Setar sebelum menyambung pengajian agamanya dengan beberapa orang ulama di negeri itu.

Bagi mendalami ilmu agamanya, beliau mengembara ke seluruh negara untuk menemui beberapa guru agama terkenal yang dapat membimbingnya, termasuk Tok Guru Pak Haji Zain Abdul Rahman yang dapat menghuraikan dan menyimpul berkaitan permasalahan tauhid.

Arwah meninggal dunia pada 13 Ogos 1986, meninggalkan seorang balu, Maimunah Hj. Othman dan enam orang anak. Legasi perjuangan silat Ustaz Hanafi kini masih diteruskan anak beliau, Md Radzi Hanafi. – KopiPlanet.com

The post Filem ‘Pusaka Hanafi’ Angkat Kisah Pengasas & Pemimpin Agung Silat Cekak Ustaz Hanafi Ahmad appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.