Ads Top

Aufahanie Mohon Orang Ramai Tidak Sebar Foto Arwah Abangnya Di Media Sosial

Penyanyi Aufahanie memohon kepada orang ramai supaya tidak berkongsi sebarang foto Allahyarham abangnya, Nidza Afham selepas jasadnya ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa di Sungai Klang malam tadi.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Aura berharap mana-mana pihak yang berkongsi foto tersebut dapat memadam perkongsian berkenaan demi menjaga perasaan pihak keluarganya.

“Tolong, tolong jangan kongsi gambar arwah abang saya yang ditemui ke media sosial anda.

“Sila padam, hormati perasaan kami sekeluarga. Terima kasih,” katanya.

Awal pagi semalam, pada pagi Rabu, Aufahanie berkongsi berita kehilangan Nidza dan memohon bantuan orang ramai mengesan atau memberi sebarang maklumat berkaitan kehilangan abangnya itu.

Nidza yang berusia 23 tahun juga merupakan seorang penyanyi dan pernah tampil dalam sebuah program realiti bersama Aufa.

Namun tidak sampai 24 jam pencarian, Allahyarham ditemukan sekitar pukul 7.00 malam kira-kira satu kilometer dari lokasi Nidza dilaporkan hilang dan mayatnya telah disahkan oleh pihak polis. – KopiPlanet.com

The post Aufahanie Mohon Orang Ramai Tidak Sebar Foto Arwah Abangnya Di Media Sosial appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.