Ads Top

Elak Timbul Salah Faham, Wak Doyok Bersemuka Dengan Aliff Syukri Tentang Bapa Ikon Fesyen Berhutang

Baru-baru ini usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan mengenai bapa kepada seorang ikon fesyen terkenal berhutang jutaan ringgit.

Namun begitu, dengan tidak semena-mena nama Wak Doyok turut terpalit apabila dia dikatakan adalah individu yang dimaksudkan usahawan berkenaan.

Enggan menimbulkan salah faham apabila namanya dikaitkan, ikon fesyen berkenaan lantas mengadakan pertemuan dengan Aliff menerusi satu video yang dimuat naik.

“Alhamdulillah settle salah faham di media sosial. Bukan aku ya Datuk Seri nak saman,” ujarnya.

Pada masa sama, ikon fesyen itu meluahkan rasa malu apabila ramai yang menyangka dia adalah individu yang berhutang dengan Aliff.

“Malu aku Aliff, semua wartawan cari aku, Bukan aku sorang sahaja ikon fesyen, ramai lagi,” luahnya.

Sementara itu, Aliff pula menerusi video yang sama menjelaskan bahawa ikon fesyen yang dimaksudkannya itu adalah seorang wanita.

“Sebenarnya ramai orang salah tafsir, yang saya cerita tu ikon fesyen perempuan,” jelasnya.

Sebelum ini, Aliff membuat pendedahan mengenai bapa kepada seorang ikon fesyen didakwa mempunyai hutang dengannya sebanyak puluhan juta ringgit.

Usahawan itu juga menegaskan bahawa dia bakal mengambil tindakan sekiranya pihak terlibat tidak menyelesaikan hutangnya itu. – KopiPlanet.com.

@ohmymedia.cc

Aliff Syukri kata ikon fesyen tu wanita, bukan Wak Doyok sebab dia lelaki🤭 #ohmymedia #ommbest #selebriti #wakdoyok #aliffsyukri

♬ original sound – Oh My Media – Oh My Media

The post Elak Timbul Salah Faham, Wak Doyok Bersemuka Dengan Aliff Syukri Tentang Bapa Ikon Fesyen Berhutang appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.