Ads Top

Sharul Aimy Sedia Terima Tawaran Lakonan, Asalkan Tidak Ganggu Jadual Latihan

Atlet gimnastik yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou 2022, Muhammad Sharul Aimy Mohd Kamaru Hisam mengakui bersedia untuk menerima sebarang tawaran lakonan pada masa akan datang.

Sharul berkata, setakat ini tiada halangan daripada mana-mana pihak, termasuk persatuan sukan gimnastik untuk dia menceburi bidang lakonan.

“Setakat ini tiada halangan kalau saya nak berlakon, malah sebelum ini pun saya ada buat kemunculan istimewa dalam sebuah drama.

“Namun, apa pun yang saya lakukan seperti berlakon, asalkan ia tidak mengganggu jadual latihan saya seperti penggambaran dilakukan pada hujung minggu,” ujarnya.

Sebelum ini, Sharul mencipta sensasi di Sukan Asia Hangzhou 2022 dengan meraih gangsa, sekaligus menamatkan penantian 17 tahun negara.

Dalam pada itu, mengenai kejayaan yang diraihnya itu, Sharul meluahkan perasaan gembira apabila segala usaha kerasnya membuahkan hasil.

“Saya sangat bersyukur dengan pingat gangsa ini. Malah, saya hampir menangis sebab ketika dia Sukan SEA, Kejohanan Dunia dan Sukan Komonwel lalu, saya tak dapat bawa pulang sebarang pingat.

“Jadi, bila pergi ke Sukan Asia ini, saya betul-betul meletakkan sasaran untuk bawa pulang pingat. Setidaknya saya tidak dikecam lagi.

“Ketika latihan pun saya tidak ada buat silap. Saya gembira bila dapat bawa balik sesuatu buat negara selepas 17 tahun,” katanya. – KopiPlanet.com

The post Sharul Aimy Sedia Terima Tawaran Lakonan, Asalkan Tidak Ganggu Jadual Latihan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.