Ads Top

Seperti Dijangka… Perjuangan Zamani Di Pentas All Stars Gegar Vaganza Berakhir

Seperti dijangka ramai, perjuangan penyanyi popular di pentas All Stars Gegar Vaganza berakhir apabila menjadi peserta yang tersingkir untuk minggu ke-6.

Mempersembahkan lagu Kau Pergi Jua nyanyian Adam Ahmad, ternyata Zamani gagal memikat hati ketiga-tiga juri iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Sementara itu, Liza Hanim yang menyanyikan lagu Rembulan meneruskan momentum apabila muncul juara dua minggu berturut-turut.

Mengekori rapat di tempat kedua adalah penyanyi dari Singapura, Hady Mirza menerusi lagu Hati dan Azharina yang membuat persembahan bertenaga menerusi lagu Bilang Saja berada di kedudukan ketiga.

Dengan penyingkiran Zamani, All Stars Gegar Vaganza menyaksikan tinggal 11 peserta sahaja yang akan bersaing pada minggu hadapan.

Tema Minggu Ke-7 (Kau Ilhamku)

  1. Gubahan Rindu Puisi Syahdu – Liza Hanim (76.75 peratus)
  2. Romancinta – Hady Mirza (76.50 peratus)
  3. Sejati – Azharina (75.25 peratus)
  4. Menghitung Hari – Jaclyn Victor (75.25 peratus)
  5. Idola – Naqiu (71.75 peratus)
  6. Farhana – Tomok (70.75 peratus)
  7. Selagi Ada… Cinta – Nikki Palikat (69.00 peratus)
  8. Tiada Kepastian – Siti Nordiana (67.75 peratus)
  9. Seksa – Ezad Lazim (64.50 peratus)
  10. Gelombang – Noryn Aziz (63.00 peratus)
  11. Gerhana Cinta Luka – Aliff Aziz (62.00 peratus)
  12. ZAMANI – TERSINGKIR (56.50 peratus)

The post Seperti Dijangka… Perjuangan Zamani Di Pentas All Stars Gegar Vaganza Berakhir appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.