Ads Top

Fizi Ali Tamatkan Zaman Duda, Selamat Bernikah Dengan Rakan Niaga

Penyampai radio popular, Fizi Ali akhirnya menamatkan zaman dudak apabila selamat bernikah dengan rakan niaganya yang dikenali sebagai Tiz Ikha hari ini.

Perkara berkenaan telah dikongsikan sendiri oleh Fizi Ali menerusi beberapa gambar berserta caption di akaun Instagram miliknya.

“Alhamdulillah syukur…bermula satu perjalanan baru dalam hidup kami..

“Terima kasih semua yang mendoakan yang baik utk kami..semoga doa-doa yang baik kembali semula dekat kalian,” tulisnya.

Sebelum ini, hubungan antara Fizi dan Tiz mula diperkatakan ramai apabila kerap kongsi bergambar bersama, meskipun penyampai radio itu memaklumkan hubungan mereka masih di peringkat awal.

Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018, tetapi bercerai pada Disember 2021 dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan iaitu Ameena berusia tiga tahun. – KopiPlanet.com

The post Fizi Ali Tamatkan Zaman Duda, Selamat Bernikah Dengan Rakan Niaga appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.