Ads Top

Anak Sulung Mendirikan Rumah Tangga, Wardina Safiyyah Kini Terima Menantu

Sejak berhijrah dan menetap di Australia, kisah mengenai pelakon Wardina Safiyyah yang dikenali menerusi drama Spanar Jaya memang agak jarak dipaparkan.

Malah, Wardina juga dilihat tidak kerap berkongsi mengenai kehidupannya bersama keluarga di media sosial seperti di Instagram.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian yang terbaharu, pelakon itu memberitahu dia kini sudah menerima seorang menantu apabila anak sulungnya, Amna Nafeesa sudah mendirikan rumah tangga.

“Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Seperti yang anda semua tahu, saya menghargai kehidupan peribadi saya dan suka menyimpan sesuatu untuk diri saya sendiri.

“Walau bagaimanapun, saya ingin berkongsi berita baik dan memohon semua doa anda untuk Amna dan anak (menantu) Yusuf yang tersayang. Semoga Allah merahmati penyatuan mereka dan melindungi mereka. Saya benar-benar bersyukur kepada Allah dan segala kurniaanNya. Semuanya benar-benar dari Allah semata-mata,” ujarnya.

Dalam pada itu, rata-rata peminat dan rakan-rakan artis mengucapkan tahniah kepada pelakon yang sudah meninggalkan dunia lakonan itu.

Malah, menerusi ruangan komen juga ada segelintir yang tidak percaya dan menyangka apabila pelakon itu sudah menerima seorang menantu. – KopiPlanet.com

The post Anak Sulung Mendirikan Rumah Tangga, Wardina Safiyyah Kini Terima Menantu appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.