Ads Top

All Stars Gegar Vaganza Tampilkan Semua Bekas Juara, Lima Tempat Untuk Peserta Hot Seats

Program All Stars Gegar Vaganza (GV) bakal menyaksikan semua bekas juara GV kembali beraksi untuk merebut gelaran juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000.

Raqim Ahmad berkata, GV kali ini sangat istimewa memandangkan semua bekas juara bersetuju untuk menyertainya.

“Kali ini kami kumpulkan kembali semua bekas juara dan mereka begitu teruja untuk kembali beraksi.

“Memang untuk musim ini kami memang dah merancang untuk menerbitkan All Stars Gegar Vaganza,” jelasnya.

Antara yang juara GV yang bakal bersaing antaranya seperti Ayai Illusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azaharina (GV3), Datuk Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Hady Mirza & Naqiu (GV6), Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan GV9).

Ujar Raqim, selain 10 bekas juara, All Stars Gegar Vaganza turut disertai lima lagi peserta yang akan mengisi kerusi hot seats.

“Kerusi hot seats akan diisi oleh peserta yang muncul naib juara, ke-3 dan ke-4 bagi setiap musim. Pemilihan pula akan dibuat menerusi secara dalam talian.

“Undian akan bermula pada hari ini sehingga 10 September 2023 dan orang ramai berpeluang untuk pilih peserta kegemaran mereka menyertai program ini,” ujarnya.

All Stars Gegar Vaganza akan disiarkan di saluran Astro Ria mula 24 September 2023 setiap hari Ahad pada pukul 9.00 malam. – KopiPlanet.com

The post All Stars Gegar Vaganza Tampilkan Semua Bekas Juara, Lima Tempat Untuk Peserta Hot Seats appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.