Ads Top

Puteri Sarah Pelik Syamsul Yusof Buat Tuntutan Nusyuz Setelah Empat Tahun Masalah Rumah Tangga Berlaku


Pelakon popular, Puteri Sarah meluahkan rasa pelik apabila suaminya, Syamsul Yusof hanya membuat tuntutan nusyuz setelah empat tahun masalah rumah tangga mereka berlaku.

Puteri Sarah berkata, dia sendiri tertanya-tanya mengenai motif suaminya itu berbuat demikian.

“Pihak saya merasa pelik kenapa tuntutan ini dibuat hanya pada waktu sekarang sedangkan masalah rumahtangga ini telah berlaku hampir empat tahun yang lalu. 

“Ini membuatkan pihak saya tertanya-tanya apakah tujuan dan motif tuntutan ini dibuat,” jelasnya.

Puteri Sarah berkata, dia yakin berada di pihak yang benar dan tidak gentar untuk menghadapi tuduhan dan tuntutan yang terbaharu itu.

“Suka untuk saya ingatkan bahawa pihak di sebelah sana masih dalam siasatan di bawah AKTA 559, AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH di bawah seksyen 23: Persetubuhan Luar nikah. 

“Dalam pengetahuan saya, mereka sudah dipanggil untuk memberi keterangan dan sedang menunggu tindakan lanjut daripada pihak mahkamah.

Pada masa sama, pelakon itu merasa pelik dan hairan mengenai tuntutan Nusyuz ini, seolah-olah dia yang memulakan kemelut rumahtangga  mereka.

“Saya berdoa dan berharap InshaAllah segala kebenaran akan ditunjukkan dan mohon didoakan segala urusan saya dipermudahkan. 

“Doakan saya dan anak-anak untuk sentiasa kuat,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Puteri Sarah Pelik Syamsul Yusof Buat Tuntutan Nusyuz Setelah Empat Tahun Masalah Rumah Tangga Berlaku appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.