Ads Top

“Aku Dah Cucuk Hari-Hari Macam Orang Gila…” – Aaron Aziz Dakwa Syamsul Yusof Elak Untuk Bertemu Dengannya

Pelakon popular, Datuk Aaron Aziz mendakwa bahawa pengarah filem The Original Gangster, Syamsul Yusof mengelak untuk berjumpa dengannya.

Dalam satu perkongsian video di Instagram, Aaron menyatakan dia juga sanggup mengambil watak yang lebih kecil, asalkan dapat terbabit dalam filem berkenaan.

“Aku ajak kau jumpa dengan aku, kau tak nak. Bila kau nak, kau datang jumpa aku dengan cara baik. Bila kau tak nak, kau buang aku macam sampah.

“Aku ajak kau jumpa, so kau boleh tengok badan aku dah kurus atau tidak. Aku boleh tunjuk kau aku dah kurus. Aku sanggup cakap dengan producer aku sanggup ambil watak yang lebih kecil kalau nak involve dalam filem ni,” jelasnya.

Semalam, Syamsul menyatakan dia merupakan orang terakhir yang mahu menggugurkan Aaron setelah diberitahu bahawa pelakon itu dalam keadaan gemuk serta ada masalah slip disc.

Malah, pengarah itu juga menyatakan bahawa dia ada berkata kepada penerbit untuk memberikan masa kepada Aaron untuk menguruskan badan.

Dalam pada itu, menerusi video itu juga, Aaron memberitahu bahawa Syamsul tiga kali datang ke rumahnya untuk berbincang tentang filem berkenaan.

Malah, pelakon kelahiran Singapura itu juga mendakwa pengarah tersebut mengetahui masalah kesihatan di bahagian leher yang dialaminya.

“Kau datang jumpa sebulan sebelum penggambaran dan agak mustahil aku nak dapatkan bentuk badan yang kau nak, tetapi aku tetap cuba.

“Bila tanya filem ni banyak scene fighting atau tak, kau kata filem ni banyak pakai gun (senjata). Kau cakap aku dengan karakter lain banyak guna pistol dan tembakan,” ujarnya.

Bagaimanapun, Aaron menyatakan dia telah dihubungi oleh produksi dan dimaklumkan bahawa pihak mereka menyediakan khidmat kareografi.

Ujarnya, apabila tiba di tempat kareografi, dimaklumkan perlu membuat scene fight dengan beberapa orang pelakon yang lain.

“Aku tertanya-tanya berapa fight yang aku kena buat. Aku adalah satu-satu pelakon yang terbabit dengan paling banyak membabitkan fight.

“Kau punya kareografer budak lagi lah. Aku dah banyak kerja dengan kareografer yang boleh terima cadangan aku, boleh bertukar-tukar idea. Kau punya kareografer tu tak boleh kena tegur, so bila aku cakap macam ni ni ni… last-last kau cakap tak boleh,” jelasnya.

Menurut pelakon itu, sebelum dia datang ke tempat kareografer berkenaan, dia sudah menjalani latihan setiap hari selama empat jam.

Malah, dia juga sudah memberitahu kepada pihak penerbit bahawa dia telah membakar 1,000 kalori setiap hari ketika menjalani latihan.

“Lepas tu kau cakap dengan aku, kau bagi aku gambar dan cakap kau nak badan aku macam ni. Aku reply kalau nak badan macam ni kena cucuk… kau cakap apa, pergi cucuk.

“Berapa banyak aku dah pergi cucuk… aku dah cucuk hari-hari macam orang gila… sakit, sakit,” luahnya. – KopiPlanet.com

The post “Aku Dah Cucuk Hari-Hari Macam Orang Gila…” – Aaron Aziz Dakwa Syamsul Yusof Elak Untuk Bertemu Dengannya appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.