Ads Top

Aliff Syukri Nasihatkan Sajat & Mustika Elak Dedah Persengketaan Secara Terbuka, Selesaikan Dengan Cara Baik

Usahawan selebriti popular, Datuk Seri Aliff Syukri menasihatkan agar rakan baiknya, Sajat dan adiknya iaitu Mustika untuk mengelakkan daripada mendedahkan persengketaan antara kedua-duanya secara terbuka.

Aliff berkata, dia tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak sama ada Sajat atau Mustika dan berharap masalah antara mereka dapat diselesaikan.

“Saya pun tak mahu kepochi tentang perkara ini. Cuma saya nak kata yang dalam kehidupan ni, kita jangan buka pekung atau dedahkan keburukan ahli keluarga.

“Saya pun ada konflik dengan kakak saya…. emak saya… dengan adik-beradik tiri. Bagi saya, masalah yang berlaku dalam keluarga tu biarlah kita simpan dan tak perlu nak dedah secara terbuka,” ujarnya.

Aliff berkata demikian ketika ditemui media sewaktu majlis pembukaan butik AS Hijab yang berlangsung di NU Sentral baru-baru ini.

Sebelum ini, Mustika dan Sajat menerusi laman sosial masing-masing saling berbalas kenyataan mengenai konflik yang berlaku antara mereka.

Pada masa sama, Aliff juga menyatakan apabila masing-masing membuat provokasi, ia akan memberi kesan kepada ahli keluarga yang lain.

“Kalau masing-masing saling provok, yang malu adalah ahli keluarga. Saya yakin bahawa Sajat dan Mustika ini adalah orang yang baik-baik.

“Saya tak boleh nak bagi nasihat sebab saya pun belum cukup baik. Cuma saya nak cakap kalau ada masalah yang boleh diselesaikan, cubalah selesai baik-baik.

“Saya pun tak malu nak mengaku saya ada konflik, tetapi kalau saya dedahkan secara terbuka pasti ia akan menimbulkan rasa prejudis orang lain,” ujarnya.

Dalam pada itu, mengenai pembukaan butik terbaharu AS Hijab di NU Sentral, Aliff menyatakan pembeli sekarang lebih kepada mahu membeli terus di butik.

“Kalau nak diikutkan perniagaan kami ini lebih kepada secara dalam talian. Namun, sekarang ini kami lihat ramai pembeli rasa lebih puas kalau beli terus di butik.

“Apa yang istimewanya, butik AS Hijab ini juga adalah merupakan satu-satunya butik tudung yang ada di NU Sentral ini,” ujarnya.

Jelasnya, pelbagai design fesyen Muslimah yang ekslusif terdapat di AS Hijab seperti, Primadona, Maharani, Bawal, Warda, Lunara, Inner Shahida, Sarung Klasik dan juga Bawal Swarovski.

Ujar beliau, semua design direka khas dan mesra pengguna untuk seluruh rakyat Malaysia terutamanya golongan Muslimah. – KopiPlanet.com

The post Aliff Syukri Nasihatkan Sajat & Mustika Elak Dedah Persengketaan Secara Terbuka, Selesaikan Dengan Cara Baik appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.