Ads Top

Teringin Rasa Kutipan Box Office, Raja Azmi Sasar Filem Jerangkung Dalam Almari Dapat Kutipan RM7 Juta

Setelah agak lama tidak menghasilkan filem, penerbit Raja Azmi meletakkan harapan yang agak tinggi agar filem baharu terbitannya, Jerangkung Dalam Almari mendapat sambutan hangat penonton.

Raja Azmi berkata, sebagai seorang pembikin filem, dia berkeinginan agar filem yang diterbitkannya itu mencatat kutipan box office.

“Kalau ditanya tentang sasaran kutipan filem ini pula, paling tinggi saya berharap agar filem Jerangkung Dalam Almari akan dapat catat kutipan RM7 juta.

“Setelah ditolak separuh kutipan untuk pawagam, bayaran cukai dan kos pembikinan, selebihnya saya akan berikan bonus kepada mereka yang terlibat dalam filem ini,” ujarnya.

Pernah menerbitkan beberapa buah filem sebelum ini seperti … Dalam Botol, Cinta 200 Ela dan Black Widow – Wajah Ayu, Raja Azmi menyatakan pengalaman lalu banyak pengajaran supaya tidak menggunakan kuasa veto sebagai penerbit dalam pemilihan pelakon.

“Sebelum ini saya akan gunakan kuasa veto sebagai penerbit dalam pemilihan pelakon, misalnya yang bukan lahir dalam bidang seni contohnya orang dari dunia sukan.

“Selepas kesilapan yang saya lakukan itu, saya kini memberi kuasa kepada pengarah untuk memilih siapa pelakon yang sesuai dan ambil pelakon sebenar,” katanya.

Filem Jerangkung Dalam Almari menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Sophia Albarakbah, Hasnul Rahmat, Wan Hanafi Su, Anne Abdullah, Zaidi Omar, Fazlina Ahmad Daud, Amerul Effendi dan Isaac Iman.

Diarahkan oleh pengarah Shadan Hashim, filem tersebut akan menghantui pawagam di seluruh Malaysia serta Singapura dan Brunei mulai 4 Oros ini. – KopiPlanet.com

The post Teringin Rasa Kutipan Box Office, Raja Azmi Sasar Filem Jerangkung Dalam Almari Dapat Kutipan RM7 Juta appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.