Ads Top

Segala Persoalan Terjawab… Noh Salleh, Mizz Nina Akhirnya Mengaku Sudah Bercerai

Setelah 11 tahun melayari kehidupan bersama, akhirnya pasangan Noh Salleh dan Mizz Nina mengaku telah mengambil keputusan untuk bercerai.

Perkara berkenaan diumumkan sendiri oleh kedua-duanya menerusi satu perkongsian di akaun Instagram masing-masing malam tadi.

“Saya dan Nina ada perkara yang hendak diumumkan. Setelah berfikir panjang dan pertimbangan yang teliti, kami mengambil keputusan untuk bercerai.

“Alhamdulillah, kami bersyukur kepada Allah kerana membenarkan kami untuk hidup bersama selama 11 tahun dengan pelbagai cabaran dan dugaan.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong kami selama ini. Jangan risau, kami masih lagi berkawan dan saling menyokong antara satu sama lain,” ujarnya.

Sebelum ini, sudah terdapat desas-desus yang mengatakan hubungan mereka berhadapan masalah, namun telah dinafikan sendiri oleh Noh.

Dalam pada itu, kedua-duanya memohon agar semua pihak agar dapat mendoakan mereka sepanjang tempoh edah.

“Kami berharap agar semuanya dapat menghormati privasi kami dan tidak membuat sebarang kenyataan tentang kami untuk mengelakkan fitnah,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Segala Persoalan Terjawab… Noh Salleh, Mizz Nina Akhirnya Mengaku Sudah Bercerai appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.