Ads Top

Aizat Amdan, Elyssa Alia Kini Sah Bergelar Pasangan Suami Isteri, Mexico Jadi Pilihan Lokasi Bulan Madu

Dengan sekali lafaz, penyanyi popular Aizat Amdan akhirnya sah bergelar suami kepada Elyssa Alia yang juga merupakan pengurusnya.

Dalam majlis yang berlangsung di A-Park, Puchong kira-kira jam 9.10 pagi tadi, Aizat dinikahkan bapa pengantin perempuan, Leftenan Kolenal Bersara Ilias Moideen dengan disaksikan Jurunikah Ustaz Idrus Mohd Shahlan

Pada majlis pernikahan berkenaan, Aizat menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 manakala dulang hantaran pula tiga berbalas lima.

Namun begitu, pasangan berkenaan mengambil keputusan untuk merahsiakan mengenai jumlah wang hantaran.

Aizat yang popular menerusi lagu Hanya Kau Yang Mampu itu bersyukur majlis yang dirancang berjalan lancar dan berterima kasih kepada keluarga, rakan dan peminat yang sentiasa mendoakan yang baik-baik buat dirinya.

Terdahulu pada majlis pernikahan itu, kira-kira 300 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat dan media telah diundang.

Sementara itu, majlis resepsi pula akan berlangsung pada hari yang sama pada jam 12.00 tengah hari di lokasi yang sama.

Dalam pada itu, Aizat dan Elyssa memilih Tulum, Mexico sebagai lokasi bulan madu mereka pada hujung tahun ini.

Sekadar informasi, Aizat dan Elyssa telah menjalinkan hubungan cinta sejak tiga tahun lalu. – KopiPlanet.com

The post Aizat Amdan, Elyssa Alia Kini Sah Bergelar Pasangan Suami Isteri, Mexico Jadi Pilihan Lokasi Bulan Madu appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.