Ads Top

Teka-Teki Terjawab… Akhirnya Johan, Fizi Ali Sah Sertai Hot FM

Bermula 2 Ogos 2022, Selasa, Hot FM akan tampil dengan pembaharuan sekali lagi dengan penjenamaan semula tagline stesen dan kehadiran dua tonggak terbaru Hot FM iaitu Johan dan Fizi Ali.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, ia pastinya akan memberikan satu kelainan pada barisan penyampai dan stesen Hot FM itu sendiri untuk tampil lebih hangat dan terbaik.

“Gandingan trio terbaru yang bakal menghangatkan pagi anda menampilkan Johan, Fara Fauzana & AG akan ke udara setiap Isnin hingga Jumaat bermula 6 pagi hingga 10 pagi.

“Dengan nama segmen yang baru iaitu Bekpes Hot, HaHaHa-Ngat pastinya akan memberikan sesuatu yang berbeza kepada pendengar terutama pengisian dan kandungan segmen yang lebih segar, komedi yang melucukan, celoteh dan gelak tawa yang menghiburkan, juga mampu memberikan aura positif kepada pendengar,” ujar kenyataan berkenaan.

Duo terbaru yang lebih macho dan mantap, segmen petang tampil dengan pengisian yang lebih fresh dengan cerita-cerita hangat masa kini dan akan menjadi geng drama pendengar untuk bercerita tentang drama-drama yang ditayangkan di TV3.

“Hot FM Sembang Squad akan dikendalikan oleh gandingan terbaru Fad dan Fizi Ali yang ke udara bermula 3 petang hingga 7 malam, setiap Isnin hingga Jumaat,” jelasnya.

Segmen Hot FM Non Stop Empat Lima bersama Ayu yang ke udara setiap Isnin hingga Jumaat bermula 10 pagi hingga 3 petang akan memfokuskan kepada 45 minit lagu bebas iklan, music special dan ulangan segmen pagi.

Segmen malam iaitu Hot Flix masih dikendalikan oleh Imran Aqil yang memfokuskan pendengar generasi muda, hiburan, interaksi bersama selebriti dan pendengar yang aktif dalam media sosial, ‘gamers’ serta ‘influencers’. Hot Flix bersama Imran Aqil akan ke udara bermula 8 malam hingga 12 tengah malam, setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Selain itu juga, Hot FM akan mengadakan jelajah di semenanjung Malaysia bagi mendekati dan meraikan pendengar setia Hot FM yang pastikan akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti antaranya persembahan hebat artis tanah air. Info lanjut mengenai jelajah ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat. – KopiPlanet.com

The post Teka-Teki Terjawab… Akhirnya Johan, Fizi Ali Sah Sertai Hot FM appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.