Safiey Illias Terpaksa Jual Rumah Untuk Langsaikan Hutang, Refund Duit Kepada Pelanggan
Usahawan sensasi, Safiey Illias terpaksa menjual rumahnya yang terletak di Setia Sky Residence untuk membayar hutang dan refund semula duit kepada pelanggan yang membeli barang daripadanya sebelum ini.
Menerusi perkongsian di Instagram, Safiey mengakui dia telah membuat kesilapan dan beranggapan ia adalah ujian dan musibah buat dirinya.
“Di kesempatan masih raya ni. Saya mohon beribu keampunan. Saya akan selesaikan 1-1 . Saya sentiasa reply mesej2 org yg minta refund. Saya tak lari pun. Doakan saya dipermudah urusan untuk settlekan semuanya berperingkat oke??
“Semoga dengan niat saya ini Allah permudahkan semuanya dan beri peluang kedua untuk saya. Saya bukan Nabi, saya manusia biasa. Apa-apapun , saya akan update 1-1 ya. Doa je banyak-banyak. Dan ada banyak dah beberapa individu saya dah refund. Saya xnk ckp banyak, org xkan percaya kan ?? Tp nanti saya dah settle semua, barulah orang akan percaya.
Sebelum ini, ada beberapa pihak yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila mendakwa menjadi mangsa penipuan usahawan berkenaan yang dikatakan menjual beg palsu.
Sehubungan itu, mereka yang telah membeli beg berkenaan bertegas mahu wang mereka dikembalikan setelah merasakan tertipu dengan Safiey.
Dalam pada itu, Safiey juga memohon agar ahli keluarganya tidak dibabitkan dalam isu yang melanda dirinya dan kini dia sedang dalam proses untuk menjual rumahnya.
“Maafkan saya semua. Dan janganlah babitkan family saya yg tiada kena mengena dalam hal ini . Saya otw jual rumah di setia sky. Tapi makan masa juga process.
“Saya buat semua ini demi langsaikan semua hutang. Lagipun rumah tu saya tak duduk pun. Rumah dah habis bayar beli cash. Tak larat nak bayar maintaince fee RM600 sebulan x 12 bulan x 3 tahun = RM25k + late payment cash,” ujarnya. – KopiPlanet.com
The post Safiey Illias Terpaksa Jual Rumah Untuk Langsaikan Hutang, Refund Duit Kepada Pelanggan appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: