Ads Top

Muat Naik Gambar Di Atas Pelamin & Disangka Sudah Berkahwin, Jue Aziz Dedahkan Dirinya Masih Single

Setelah tindakannya memuat naik gambar di atas pelamin dengan seorang jejaka menimbulkan tanda tanya sehingga disangka sudah berkahwin, akhirnya pelakon Jue Aziz perjelaskan hal yang sebenar.

Jue atau pemilik nama sebenarnya Zuliana Abd Aziz berkata, ketika ini dia masih lagi single dan tidak dimiliki mana-mana lelaki.

“Sebenarnya majlis pertunangan itu adalah melibatkan anak buah saya. Saya hanya bergambar dan ambil berkat sahaja.

“Tak sangka pula jadi kecoh macam ni sebab gambar tu pun tak nampak macam orang bertunang, siap pegang bunga sama-sama bersentuhan,” jelasnya.

Dalam pada itu, pelakon berkenaan menyatakan penghargaan terhadap doa dan ucapan tahniah kepadanya dan berharap ia memberikan keberkatan dan menjadi kenyataan.

“Ada bagus juga jadi macam ini sebab ramai yang ingat Jue dah berkahwin atau tak pernah kahwin lagi. Jadi isu ni dapat meleraikan kekeliruan yang ada. Saya single lagi.

“Dekat luar sana jangan frustrated sangat. Kelakar juga tengok komen yang betul-betul menceriakan hari saya,” ujarnya.

Sebelum ini, Jue pernah mendirikan rumah tangga bersama pemuzik dari Indonesia, Bayu Pramana Putra Achmad Daniel pada Mac 2014.

Bagaimanapun, pelakon itu mendedahkan dia tidak lagi bergelar isteri kepada Bayu pada Januari 2019 dan enggan mendedahkan secara terperinci berkenaan perkara tersebut. – KopiPlanet.com

The post Muat Naik Gambar Di Atas Pelamin & Disangka Sudah Berkahwin, Jue Aziz Dedahkan Dirinya Masih Single appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.