Ads Top

Giliran Wajah Siti Nurhaliza Dipaparkan Di Iklan Digital Di New York Times Square, Amerika Syarikat

Setelah wajah beberapa artis tempatan dipaparkan di iklan digital di New York Times Square, kini tiba giliran penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza diberi penghormatan yang sama.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Siti menerusi satu perkongsian di akaun Instagram miliknya bersama gambar iklan digital tersebut.

“Bersyukur saya dapat berita hari ini kerana diberi penghormatan apabila wajah saya dipaparkan di papan iklan digital tersohor New York Times Square, Amerika Syarikat.

Penampilan saya mewakili negara Malaysia pada papan iklan ini adalah sebahagian daripada kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital tersohor dunia, Spotify.

Ujar beliau, EQUAL adalah sebuah program peringkat global oleh Spotify yang ingin memupuk kesamaan wanita dengan memaparkan artis-artis wanita dari seluruh dunia.

“Terdapat 35 senarai lagu atau playlist EQUAL yang meliputi artis dari 50 negara. Saya merupakan salah seorang wakil bagi senarai lagu EQUAL Malaysia dan Singapura,” jelasnya. – KopiPlanet.com

i

The post Giliran Wajah Siti Nurhaliza Dipaparkan Di Iklan Digital Di New York Times Square, Amerika Syarikat appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.