Ads Top

Eskayvie & Pak Nil Lancar Produk Kesihatan i-Qids, Sokong Proses Perkembangan Sel-Sel Otak Kanak-Kanak

Syarikat Bumiputera sepenuhnya, Eskayvie Sdn Bhd yang menjadi peneraju dalam penghasilan suplemen kesihatan tempatan bersama dutanya, Datuk Aznil Hj Nawawi telah melancarkan produk kesihatan berkualiti iaitu i- Qids di Glenmarie Hotel & Golf Resort dalam majlis sambutan ulang tahun Eskayvie yang ke-13 baru-baru ini.

Formulator produk itu, Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri berkata, i-Qids merupakan vitamin ‘brain booster’ yang diformulasikan dengan Phosphatidylserine, Alpha Linolenic Acid (ALA), multivitamin dan mineral bagi menyokong proses perkembangan sel-sel otak si manja sekaligus menyokong proses pembelajaran mereka.

“Formulasi i-Qids ini amat istimewa kerana ia mengandungi superfood terdiri daripada 22 ekstrak buah-buahan serta sayur-sayuran, Moringa dan Prebiotik yang sangat bagus untuk mengisi jurang keperluan nutrisi daripada diet yang tidak seimbang serta melindungi otak daripada kesan stres dan kerosakan.

“Kekangan pandemik dahulu telah memaksa mereka untuk sentiasa berkurung di rumah, tak boleh keluar bermain, tak boleh hadir ke sekolah jumpa rakan-rakan malah proses pembelajaran pun dilakukan atas talian. Hal ini boleh menjejaskan interaksi sosial dan mengganggu perkembangan otak dan daya tumpuan anak-anak. Jadi, i-Qids ini diformulasikan untuk membantu merangsang dan meningkatkan sel-sel aktif dalam otak anak-anak untuk saling berhubung,” jelasnya.

Beliau berkata, dengan keadaan sekarang yang sedang beralih ke fasa endemik dan anak-anak sudah mula bersekolah. pihaknya melihat i-Qids sebagai inisiatif terbaik untuk bantu ibu bapa di luar sana meningkatkan fokus dan daya ingatan serta memori anak-anak mereka.

“Selain itu, i-Qids juga dapat membantu emosi anak-anak dan menceriakan mood mereka setiap hari. Suplemen berbentuk tablet dengan rasa coklat yang lazat ini pastinya digemari anak- anak berusia 2 hingga 12 tahun,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed berkata, mereka akan terus menghasilkan lebih banyak lagi produk-produk berkualiti tinggi dengan harga yang mampu milik dan sesuai untuk diamalkan oleh pelbagai peringkat umur.

“Ini seiring dengan visi Eskayvie iaitu untuk memperkasakan ekonomi dan kesihatan ummah. Kami yakin bahawa kehadiran produk baru ini akan membuka lebih banyak peluang perniagaan kepada usahawan tempatan serta mereka yang terkesan akibat kehilangan punca pendapatan.

“Eskayvie Nexus adalah sebuah platform yang tepat dengan peluang terbaik untuk mulakan bisnes tanpa modal kerana semuanya boleh dilakukan secara atas talian dari mana saja,” ujarnya.

Menurut beliau, meskipun dunia dilanda pandemik serta pelbagai krisis ekonomi, Eskayvie sehingga kini telah berjaya melahirkan lebih 70,000 usahawan yang mampu menjana pendapatan bersih empat ke enam angka sebulan tanpa modal.

“Pakar ekonomi menjangkakan kadar inflasi pada tahun 2022 ini akan menjadi lebih tinggi disebabkan berlakunya peningkatan terhadap permintaan barangan runcit dan keperluan asas. Malah, dijangka rantaian bekalan global bakal berkurangan serta berlakunya peningkatan harga komoditi di seluruh dunia bermula pertengahan tahun 2022 ini,”

“Eskayvie melihat ini sebagai peluang terbaik untuk terus bantu memberikan ruang serta peluang kepada mereka di luar sana agar dapat keluar daripada kemelut kewangan berikutan masalah inflasi ini,” jelasnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk i-Qids ini, layari laman sesawang www.eskayvie.com atau pautan media sosial berikut:

*FB PAGE: Eskayvie Malaysia – https://ift.tt/kodKu9D

INSTAGRAM: Eskayvie Malaysia – https://ift.tt/Li8tlgz

The post Eskayvie & Pak Nil Lancar Produk Kesihatan i-Qids, Sokong Proses Perkembangan Sel-Sel Otak Kanak-Kanak appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.