“Sesi Uji Bakat Perlu Kerap Diadakan Untuk Cari Pelapis Pelakon Baharu” – Jaja Ishak
Penerbit drama, Jaja Ishak mengakui sesi uji bakat yang dilakukan secara kerap memang penting dalam usaha mencari lebih ramai pelapis pelakon baharu.
Jaja berkata, dengan industri hiburan yang kembali rancak, boleh dikatakan pelakon yang sedia ada sekarang tidak dapat memberikan komitmen untuk tawaran lain.
“Ketika ini aktiviti penggambaran semakin rancak, seseorang pelakon pula tidak boleh nak terima dua atau tiga tawaran pada satu-satu masa.
“Maka, sekarang ini memang perlu ada sesi uji bakat dibuat agar lebih ramai pelakon baharu muncul, selain menjadi pelapis kepada hero atau heroin sedia ada,” ujarnya.
Jelas Jaja, sesi uji bakat yang dilakukan secara kerap juga merupakan satu inisiatif yang baik dalam usaha mengesan mereka yang betul-betul berbakat dan bersungguh-sungguh mahu menceburi bidang lakonan.
Dalam pada itu, mengenai segelintir penerbit yang mempunyai pelakon kegemaran, Jaja mengakui ia ada sesuatu yang normal.
Ujarnya, apa yang lebih penting seseorang pelakon itu perlulah mempunyai disiplin yang baik dan mempunyai rekod bersih.
“Secara jujurnya saya sendiri pun ada pelakon kegemaran. Kalau pelakon itu tidak mendatangkan sebarang masalah, pasti dia akan menjadi kegemaran penerbit.
“Kalau seseorang pelakon itu kerap mendatangkan masalah, takkan penerbit nak pilih lagi untuk tawaran seterusnya,” ujarnya. – KopiPlanet.com
The post “Sesi Uji Bakat Perlu Kerap Diadakan Untuk Cari Pelapis Pelakon Baharu” – Jaja Ishak appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: