Ads Top

Aliff Syukri Akui Bergaduh Dengan Isteri Pasal Muzik Video Kelepok Raya, Terpaksa Buat Potongan 40 Peratus

Usahawan dan selebriti popular, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui terpaksa membuat potongan sebanyak 40 peratus untuk muzik video lagu raya terbaharunya, Kelepok Raya.

Aliff berkata, dia mengambil keputusan untuk membuat potongan tersebut bagi menghormati ibu serta isterinya yang turut menyanyi dalam lagu berkenaan.

“Apabila bercakap mengenai tarian dalam muzik video itu, saya telah membuat potongan babak tarian sebanyak 40 peratus bagi menghormati ibu dan isteri saya.

“Setiap kali posting saya akan minta kebenaran dia (isteri). Sampaikan saya bergaduh dengan dia, membebel lama sampai pukul 5.00 pagi.

Sebelum ini, usahawan berkenaan dikecam ramai apabila dikatakan menampilkan tarian yang melampau serta dikatakan cuba mempromosikan LGBT.

Malah, ia turut mendapat kecaman hebat daripada ibunya sendiri iaitu Bonda Rozita, malah isterinya mengakui dia dan suaminya bergaduh gara-gara muzik video itu.

Jelasnya Aliff, penari-penari yang tampil dalam muzik video lagu itu juga adalah penari profesional dan ada antaranya yang sudah berkahwin dan bekerja sebagai askar.

“Kalau nampak lembut sahaja pasti dah cop LGBT, sedangkan mereka yang terlibat adalah penari profesional. Ada yang dah berkahwin, bergelar pensyarah dan seorang askar.

“Apabila anda semua menghina… sedangkan ramai yang tak tahu mereka mempunyai pendidikan yang tinggi. Maka, kita tak boleh nak menghakimi seseorang itu melalui luaran sahaja,” ujarnya.

Setekat ini, lagu Kelepok Raya kini menjadi trending di kedudukan nombor dua di saluran YouTube dalam tempoh tidak sampai 24 jam. – KopiPlanet.com

The post Aliff Syukri Akui Bergaduh Dengan Isteri Pasal Muzik Video Kelepok Raya, Terpaksa Buat Potongan 40 Peratus appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.