Ads Top

(Video) Kipas Meja ‘Slow’ Atau Tak Berfungsi? Kakak Ini Ajar Cara Tukar Kapasitor Dengan Cara Selamat

Ramai pastinya yang pernah mengalami masalah kipas meja yang perlahan atau tidak berfungsi. Solusi yang paling mudah ialah menghantar kipas ke kedai untuk dibaiki atau membeli sahaja kipas yang baru.

Menerusi perkongsian sebuah video di akaun TikTok Aiszzy Electronics, cara untuk membaiki kipas meja sebenarnya adalah mudah dengan mengikut langkah yang betul. Hanya dalam tempoh beberapa minit, kipas meja anda yang rosak atau perlahan siap untuk digunakan seperti baru!

Kipas slow, langsung tak gerak? Meh sis ajar!

@aiszzyelectronics

Kipas slow? Langsung tak gerak? Meh sis tolong ajar. Tukar capacitor gengg

♬ original sound – Aiszzy Electronics – Aiszzy Electronics

Video yang meraih hampir satu juta tontonan itu dibanjiri oleh warganet yang rata-ratanya berterima kasih dengan tips yang dikongsikan. Sebilangannya turut memuji kemahiran gadis tersebut dalam membaiki kipas, bidang yang dimonopoli oleh lelaki.

Mas kahwin tinggi pun aku sanggup bayar

Tokey kedai tak boleh nak ‘kencing’ lagi lepas ni

Sangat membantu nak baiki 5 buah kipas di rumah

Summer: TikTok aiszzyelectronics

The post (Video) Kipas Meja ‘Slow’ Atau Tak Berfungsi? Kakak Ini Ajar Cara Tukar Kapasitor Dengan Cara Selamat appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.