Sudah Bercerai, Nadia Brian Enggan Lagi Dikaitkan Dengan Bekas Suami
Pelakon Nadia Brian yang mengesahkan sudah bercerai kini menyatakan enggan lagi dikaitkan dengan bekas suami, Muizz Nasruddin.
Menerusi perkongsian di Instagram, Nadia turut meluahkan rasa syukurnya setelah lama digantung tanpa tali.
“Assalamualaikum semua, yes betul saya sudah bercerai. Alhamdulillah saya sangat bersyukur setelah beberapa lama gantung tanpa tali. Terima kasih Allah, keluarga, rakan-rakan serta semua yang mendoakan semuanya berakhir dengan baik.
“Dan saya harap semua pihak jangan kaitkan saya & Keluarga dengan pihak sana. Sekarang masing-masing boleh teruskan kehidupan dengan lebih aman. Fokus saya sekarang ini adalah keluarga dan kerjaya,” tulisnya.

Nadia dan Muizz mendirikan rumah tangga pada November 2019, namun tidak dikurniakan cahaya mata.
Bagaimanapun, rumah tangga mereka dikatakan mula dilanda masalah sejak tahun lalu. – KopiPlanet.com
The post Sudah Bercerai, Nadia Brian Enggan Lagi Dikaitkan Dengan Bekas Suami appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: