(Video) Kenali Yanar Dag, Gunung Api ‘Misteri’ Di Azerbaijan Yang Didakwa Tak Pernah Terpadam Sejak 4,000 Tahun lalu
Seperti yang diketahui, gunung berapi merupakan salah satu bencana alam yang paling ditakuti mengeluarkan lava dan asap atau debu yang panas.
Pun begitu, tahukah anda bahawa terdapat juga gunung mengeluarkan api dan tidak pernah padam.
Berada di Azerbaijan, ia dikenali sebagai Yanar Dag yang bermaksud gunung yang terbakar. Dari kawasan ini juga, Azerbaijan kini dikenali dunia sebagai tagline ‘Land of Fire’.
Menurut Travelaze, ia terletak sekitar 25 km dari ibu kota Baku di desa Mehemedi Absheron.
Api sepanjang 10 meter itu tidak pernah padam dan ia terbakar secara berterusan di tepi bukit.
Yanar Dag adalah salah satu daripada beberapa kebakaran gas semula jadi yang berlaku secara spontan tetapi telah menarik perhatian pelancong ke Azerbaijan.
Walaupun hujan, salji dan angin yang datang menerpa, api tersebut didakwa tidak pernah berhenti membakar sejak 4,000 tahun yang lalu, lapor CNN.
Penjelajah Venesia, Marco Polo menulis mengenai fenomena misteri itu ketika dia melewati negara tersebut pada abad ke-13.
Pun begitu, kawasan itu terlihat sangat mengagumkan pada waktu malam atau musim sejuk.
Mengenai bila bermulanya kebakaran itu, walaupun wujud dakwaan ia tidak pernah terpadam sejak 4,000 tahun lampau, namun menurut cerita tempatan, api ini mungkin hanya bermula pada tahun 1950-an apabila seorang pengembala kambing secara tidak sengaja menyalakan api dengan membuang sebatang rokok di kawasan ini.
Oleh kerana Yanar Dag terbakar tanpa mengira keadaan cuaca, penduduk tempatan menganggap bahawa gunung itu suci.
Tidak cuma itu, kebakaran semula jadi ini memainkan peranan penting dalam penciptaan kepercayaan mistik seperti Zoroastrianisme.
Kini, Yanar Dag menjadi tempat yang dilindungi dengan kajian arkeologi yang luas dilakukan di daerah tersebut.
The post (Video) Kenali Yanar Dag, Gunung Api ‘Misteri’ Di Azerbaijan Yang Didakwa Tak Pernah Terpadam Sejak 4,000 Tahun lalu appeared first on Siakap Keli.
No comments: