Ads Top

Dikecam Buat Video Dikatakan Persenda Seorang OKU, Baby Shima Tampil Memohon Maaf

Penyanyi Baby Shima telah tampil membuat permohonan maaf gara-gara tindakannya membuat video yang dikatakan mempersenda seorang individu Orang Kurang Upaya (OKU) sehingga dikecam ramai.

Berkongsi permohonan maafnya, penyanyi itu juga memuat naik video dia menghubungi sendiri individu berkenaan yang dikenali sebagai Zhariff Afandi.

“Assalammualaikum… Pertama kali shima nak jelaskan tentang video yang viral di perkatan ketika ini. Benda ni berlaku dalam 4 hari lepas, Shima ada ternampak video tu, Shima tak tahu yg insan tu OKU.

“Jadi Shima saja-saja buat konten, selepas 30 minutes upload shima tengok komen yang menyatakan insan tersebut Oku. Dan Shima segera cek kesahihanya dan Shima pun padam video tersebut dengan rasa penyesalan,” jelasnya.

Ujar Baby Shima lagi, dia sendiri langsung tidak berniat untuk mempersendakan individu berkenaan.

Jelasnya, ada pihak yang sempat merakamkan video berkenaan dan memuat naik di Twitter tanpa mengetahui apa niat sebenar pihak tersebut.

“Sumpah Demi Allah shima tak de niat langsung mempersendakan beliau. Tetapi ada orang ni sempat rakam dan upload kat Twitter video ni, tak tahu apa tujuan org tu buat, mungkin nak mengeruhkan lagi keadaan.

“Bagaimanapun, Shima ambil kesempatan ini utk memohan maaf dan Shima telah pun dah bercakap dengan abang @zhariff_afanditadi. InsyaAllah Shima akan ambil ini jadikan sebagai pengajaran buat diri Shima.. dan Shima akan lebih berhati-hati lagi,” jelasnya. – KopiPlanet.com

The post Dikecam Buat Video Dikatakan Persenda Seorang OKU, Baby Shima Tampil Memohon Maaf appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.