Ads Top

(Video) WWCD, Bibit-bibit Cinta ‘Terbit’ Di PUBG, Mekar Hingga Ke Jinjang Pelamin

Setiap manusia diciptakan untuk berpasangan namun setiap pertemuan itu adalah dalam bentuk yang berbeza-beza seperti melalui laman sosial Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya. Namun disebabkan dunia semakin maju dengan pelbagai teknologi, jodoh atau pasangan hidup juga boleh ditemui tanpa disangka-sangka melalui aplikasi game yang semakin dikenali ramai seperti PUBG dan Mobile Legend.

Menerusi perkongsian dari pengguna TikTok @shifahanies telah memuat naik satu rakaman video mengenai kisah perkenalannya bersama pasangan hidupnya, Muhammad Heedir Ariff yang bertemu di game PUBG.

Difahamkan, suaminya sudah terpikat dengannya menerusi Facebook. Bukan itu sahaja, mereka juga merupakan schoolmates namun tidak pernah mengenali antara satu sama lain.

“Kami berkawan tak sampai sebulan dan kemudian lost contact. Dan akhirnya suami saya mengambil keputusan untuk mencari saya di Instagram.

“Saya tidak sedar yang dia sudah lama follow saya dan suami saya tegur saya. Kami baru rapat bahkan kami hanya berhubung melalui Instagram sahaja,” katanya.

Bagaimanapun, rakaman video tersebut berjaya meraih lebih 116.2 ribu tontonan dan dianggarkan sebanyak 4 ribu lebih tanda suka.

@shifahanies

Asyik korang je, Turn kita la boleh? Kalau nak baca kena stopkan video 😂 #fypmalaysia🇲🇾 #fypindonesia #fypシ #foryoupageofficiall

♬ original sound – Alif Zahari – Alif Zahari

Sumber: @shifahanies (tiktok)

The post (Video) WWCD, Bibit-bibit Cinta ‘Terbit’ Di PUBG, Mekar Hingga Ke Jinjang Pelamin appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.