Ads Top

Status Hadis Ganjaran Solat Duha Akan Mendapat Istana Emas

Perkataan duha berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud sinar pagi atau terik matahari. Waktu duha pula merupakan waktu dari naik matahari dan berakhir ketika matahari tergelincir tetapi untuk waktu sunat duha adalah ketika pengakhiran matahari naik tinggi dan panas terik.

Apabila menyebut mengenai solat sunat duha, kita mengetahui banyak kelebihan yang terkandung padanya. Hal ini kerana, solat sunat duha merupakan solat yang paling gemar diamalkan oleh sunnah Rasulullah.

Dan ia juga sinonim dengan sumber rezeki. Banyak penceritaan yang disebutkan mengenai amalan orang kaya dan juga berjaya adalah salah satunya dengan mengamalkan solat duha.

Perkara itu tidak dinafikan kerana terdapat beberapa hadis yang menyebut mengenai kelebihan solat sunat duha dengan sumber rezeki.

Maksud: “Barangsiapa yang berwuduk, kemudian masuk ke dalam masjid untuk melakukan solat duha, dialah yang paling dekat tujuannya (tempat perangnya), lebih banyak ghanimah (keuntungan) dan lebih cepat kembalinya.” (Sahih Al-Targhib: 666)

Selain daripada ganjaran yang bersifat keduniaan, ada juga yang menyebut bahawa orang yang rajin menunaikan solat duha ini akan diberikan ganjaran di akhirat.

Sebagaimana dalam sebuah hadis yang menyebut bahawa orang yang melakukan solat duha sebanyak 12 rakaat akan dikurniakan sebuah istana emas di dalam syurga.

Maksud: “Barangsiapa yang solat duha sebanyak 12 rakaat, maka Allah akan membina baginya sebuah istana daripada emas di syurga.” (HR Tirmizi, no. 473)

Bagaimanapun, ulama menyebut bahawa status hadis ini adalah lemah kerana terdapat perawi yang tidak diketahui.

Ia dibahaskan oleh Imam Tirmizi yang mengatakan bahawa hadis ini adalah ganjil, manakala Imam Nawawi menyebut bahawa hadis ini adalah sahih.

Walau bagaimanapun, Imam Ibn Hajar al-Asqalani menyebut bahawa tidak terdapat perawi yang lemah di dalam hadis ini. Jadi, beberapa ulama menyebut bahawa hadis ini adalah hasan (betul).

Tetapi, melihat kepada beberapa perkara yang lemah, ulama menyimpulkan bahawa ia adalah hadis yang lemah.

Tidak dinafikan banyak kelebihan menunaikan solat sunat duha sama ada ganjarannya yang berbentuk duniawi mahupun ukhrawi. Namun, berkenaan status hadis ini, ia adalah lemah.

Wallahu a’alam

Rujukan:
Mufti Wilayah Persekutuan

The post Status Hadis Ganjaran Solat Duha Akan Mendapat Istana Emas first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.