Ads Top

Shia LaBeouf Cari Pusat Rawatan Untuk Atasi Masalah Psikologi & Ketagihan Alkohol

Pelakon Shia LaBeouf kini sedang mencari pusat rehabilitasi untuk mengatasi masalah psikologi dan ketagihan alkohol, di saat dia didakwa melakukan keganasan terhadap bekas kekasihnya, FKA Twigs.

Menurut peguam LaBeouf, pelakon itu memang memerlukan rawatan tersebut dan akan berusaha untuk mencari tempat rawatan yang terbaik.

Keadaan pelakon berkenaan menjadi perhatian setelah FK Twigs telah membawa kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi Los Angeles pada awal Disember lalu.

“Shia LaBeouf telah menyakiti perempuan dan memperdaya mereka. Dia melakukan kekerasan, termasuk secara fizikal dan mental. Dia seorang yang berbahaya,” ujar FKA Twigs.

Penyanyi berkenaan menjelaskan bahawa dia dan LaBeouf telah bercinta pada tahun 2018 hingga 2019 setelah bekerjasama dalam filem Honey Boy.

Sepanjang menjalinkan hubungan, FKA Twigs mengakui dia sering menjadi mangsa keganasan, termasuk ketika meraikan Hari Valentine pada tahun 2019.

The post Shia LaBeouf Cari Pusat Rawatan Untuk Atasi Masalah Psikologi & Ketagihan Alkohol appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.