Ads Top

Dikecam Pakaikan Anak Baju Santa Clause, Fasha Sandha Anggap Ia Sekadar Suka-Suka

Gara-gara memuat naik sebuah video yang menampilkan anaknya, Aisha Amaira memakai baju Santa Clause, pelakon Fasha Sandha telah dikecam netizen.

Menerusi posting terbaharunya di Instagram, Fasha menjelaskan bahawa apa yang dilakukan itu adalah sekadar suka-suka (just for fun) dan bukan mahu menyambut perayaan Krismas.

“Hmmm… dah takde keja gamaknya, ramainya ustaz ustazah jadian ni. Apakah masalahnya anak saya pakai costume tu, just for fun.

“Kata mereka saya nak menyambut Christmas. Habis tu kalau pakai cheongsam dan sari? Salah juga ke? Haram ke? ” luahnya.

Luah pelakon itu lagi, dia mempersoalkan adakah memakai baju Santa Clause itu satu kesalahan.

Jelasnya, pemakaian seseorang itu tidak melambangkan hati seseorang dan menyatakan tidak bermakna seseorang yang memakai jubah itu bersikap baik.

“Ramai je kawan-kawan saya yang bertudung tapi abaikan solat, tapi yang free hair pula tak pernah lupa lima waktu… jangan nilai orang bab pemakaian boleh tak?

“Lillahi… depan mata saya ada juga perempuan yang menutup aurat sepenuhnya, belajar tinggi ke universiti tapi pengotor, pemalas, tinggal solat dan selalu melawan cakap orang tua.

“Ada yang luarannya nampak sosial, belajar SPM je tapi pembersih, utamakan solat, mengutamakan keluarga dan menghargai orang lain. Jadi kenapa nak nilai dari LUARAN,” jelasnya.

Dalam pada itu, pelakon berkenaan menegaskan supaya tidak perlu mencari kesalahan orang lain.

“Tak habis-habis nak kecam, orang melamar secara terbuka pun korang sibuk nak kecam, orang sweet-sweet buat video YouTube pun korang kecam? Cakap bab-bab agama semua… tak suka, unfollow sudah, tak habis-habis nak kecam artis?

Takde keja gamaknya, eh tak suka, tak payahlah tengok, banyak lagi benda lain yang lebih utama untuk difikirkan daripada nak cari kesalahan orang lain. Cuba tengok diri sendiri punya silap. Saya pun tak sempurna,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Dikecam Pakaikan Anak Baju Santa Clause, Fasha Sandha Anggap Ia Sekadar Suka-Suka appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.