Ads Top

Margasatwa Dinobat Pemenang Levi’s Music Project, Dapat Geran Bernilai RM20,000

Penganjuran Levi’s Music Project yang buat julung kalinya diadakan di Malaysia telah menobatkan Margastwa sebagai juara sulung, sekali gus memenangi hadiah berupa geran RM20,000.

Dengan menerima lebih 200 penyertaan, dua juri berpengalaman dalam industri iaitu Jennifer Thompson dan Old Head Jin telah menilai dan kemudian memilih empat finalis iaitu Dato’ Maw, Alien Lipstick Fire, Mayabayu dan Margasatwa.

Keempat-empat finalist telah merakamkan sebuah single di Big A Production Studio dengan tajaan Levi’s Malaysia.

Susulan itu, kemuncak acara iaitu Levi’s Virtual Showcase telah dipertontonkan kepada umum di saluran YouTube rasmi Levi’s pada 22 Disember lalu.

Ia menyaksikan setiap finalis mempersembahkan single terbaru mereka secara live buat pertama kali dan seterusnya meriliskan lagu baru mereka itu di platform digital pada keesokan harinya.

Margasatwa dengan lagunya yang berjudul Yang Asli telah berjaya menambat hati juri yang juga mentor sepanjang program Levi’s Music Project.

“Margasatwa pada asalnya tidak merancang untuk menyertai mana-mana pertandingan kerana sedang fokus dalam penghasilan album kedua.

“Namun, kami berubah fikiran kerana mempunyai lagu yang dirasakan sangat sesuai dengan jenama Levi’s itu sendiri,” ujar salah seorang anggotanya iaitu Kimal yang juga selaku vokalis.

Menurutnya, Yang Asli berkisarkan tentang keyakinan diri dalam menjadi diri sendiri, tanpa mempedulikan kata-kata negatif orang lain terhadap diri seseorang.

Jelasnya, dalam era media sosial yang begitu terbuka kini, ia cenderung dipenuhi dengan suara negatif dan tohmahan sehingga merendahkan martabat orang lain sekaligus meruntuhkan keyakinan seseorang.

“Justeru itu, lagu ini adalah untuk mengembalikan semula keyakinan terhadap diri sesorang yang mendengarnya kerana setiap manusia mempunyai ‘kecantikan’ yang tersendiri dan asli, yang tidak dapat dilihat hanya melalui media sosial sahaja,” ujarnya.

Levi’s menghadiahkan geran RM20,000 itu untuk penghasilan video muzik rasmi bagi lagu Yang Asli yang akan memulakan penggambaran tidak lama lagi bersama sorang pengarah berkaliber.

Video muzik Yang Asli dijangka akan siap untuk tontonan umum pada Februari 2021.

Sementara itu, lagu Yang Asli boleh didengari di semua platform digital dan di saluran YouTube rasmi Margasatwa yang turut memaparkan artwork lagu tersebut hasil kolaborasi dengan sorang artis ilustrasi tempatan Shufitri Shukardi. – KopiPlanet.com

The post Margasatwa Dinobat Pemenang Levi’s Music Project, Dapat Geran Bernilai RM20,000 appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.